BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

AKU, HAIKAL!

Damia : nampak Nita tak?


Aiman : tak. Nape?


Damia : lecturer panggil...


Aiman : aik?! Bukan ke dia slalu ngan kau?


Damia : bla ar kau... (Berjalan sambil menghayunkan fail di tangannya)


Aiman : mia, jangan la hayunkan tangan kau tu. Karang tercampak fail kau tu, terkene kepala orang lain baru tau.. (Belum sempat Aiman menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba fail yang berada di tangan damia itu tercampak pada kepala seseorang)


Haikal : adoii! (memandang ke arah Damia.)


Damia : weh! Alamak mampus aku.. cam ne ni Man? Abis la aku.. (masing-masing tergamam)


Aiman : pergi la ambik fail kau tu.. pastu kau lari la..


Damia : ok! Kau tunggu aku tau.. (Damia berjalan perlahan menuju ke arah haikal dan mengambil semula failnya yang berada di tangan haikal.) hmm... sorry. And thanks coz sudi tolong ambikkan fail ni.. he he.. ( patah balik dan terus berjalan dengan laju)


Haikal : weh, budak baju merah! Kau lagi! Suke hati kau je ye nak blah cam tu.. dah salah, buat tak tau je..


Aiman : weh, mia.. dia panggil kau la..


Damia : kurang ajar betul. Ade ke patut dia panggil aku budak?! Aiman.. aku takut.. mati aku!


Aiman : alamak, mia! Dia datang sini la! Babai! Aku pergi dulu!(sambil melambai tangan kearah mia dan lari)


Damia : Aimaan.... ishh.. kurang asam punye Aiman! (damia menoleh dan membuat muka tak bersalah) k..k.. kau pahal? Tadi kan aku dah mintak maaf. Nak ape lagi?


Haikal : hek eleh.. setakat mintak maaf, ingat boleh hilang ke benjol kat kepala aku ni..


Damia : abis tu, kau nak aku buat pe?


Haikal : buat la apa-apa pun, janji benjol kat kepala aku ni hilang.


Damia : buat sendiri tak boleh ke? Aku ade kelas la skang ni.


Haikal : bukan sekarang.


Damia : (huh... selamat) abis tu bila?


Haikal : abis kelas, aku tunggu kau.


Damia : aku balik lambat la. Kol 5 baru abis.. (Alasan semata-mata. Padahal abis kelas pukul 3. Mereka seperti sudah lama kenal. Tak logik langsung.)


Haikal : tak pe.. Aku tunggu kau jugak. Jangan lari. Kalau tak, hukuman kau jadi lebih teruk dari ni... Ha ha ha... (Pergi tanpa menghiraukan damia)


Damia : boleh blah! Dah la gelak macam hantu... menakutkan...


Haikal : ape dia? Tak dengar..


Damia : tak de ape-ape.. mana Aiman ni? Sampai hati kau tinggalkan aku...

Tepat pukul 3 petang..

Damia : lebih baik aku blah cepat sebelum mamat tu nampak aku.. eee... malas betul aku nak mengadap muke dia. Nak muntah! (Membebel sorang diri)


Haikal : hei, budak! Nak pergi mane ha?! Nak lari eh? (Damia tak sedar yang haikal ada di hadapan kelasnya)


Damia : ko buat ape kat sini haa? Ko ikut aku eh?


Haikal : eee... tolong sikit. Aku pun ade kerja lain gak. Buat pe aku nak ikut kau. Perasan!


Damia : abis tu cam ne kau boleh ade kat sini?


Haikal : kebetulan! Kau nak lari dari aku eh? Aku tau la..


Damia : mane ade.. tetibe plak aku tak de kelas petang ni.. Kau ade kelas kan? Pergi la!


Haikal : aku pun dah abis.. Jom pi klinik..


Damia : alamak! Aku ade hal la... aku kene pergi cepat ni! Bye! (jalan dengan cepat dan meninggalkan haikal tapi ditahan)


Haikal : weh, kau nak tipu aku kan? (tarik beg Damia)


Damia : sorry, urgent sangat!


Haikal : kau nak aku pengsan ke kat sini? Aku sakit ni!


Damia : ha?! Ye ke? Jom la cepat. Nanti pengsan plak anak orang ni.. cepat la.. (damia menarik lengan baju Haikal)


Haikal : ok, ok.. (dahsyat betul la minah ni. Senang betul dipermainkan.) kita pergi klinik..


Damia : klinik? Teruk sangat ke? Tak terukkan? (damia mengeluarkan sapu tangannya dan mengambil air panas di water cooler)


Haikal : kau nak buat ape ni?


Damia : nak simbah air panas kat kepala kau tu.. nak tuam lah apa lagi...


Haikal : mak aku tak pernah buat macam ni pun.. kalau kene macam ni, terus pergi klinik.


Damia : ye ke? Tu lah anak manja memang cam gitu. Sikit-sikit klinik..


Haikal : mana kau tau aku ni anak manja?


Damia : tengok muka kau pun aku boleh tau.. (damia terus menuam lebam di kepala haikal. Mata mereka bertentangan. Jantung mereka berdua berdegup laju dan...) nah! kau buat lah sendiri.. lagi sikit je tu.. nanti oklah..


Haikal : urmm.. ok.. (kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung aku... aku tak ada sakit jantung..)


Damia : emm.. aku balik dulu.


Haikal : nak aku temankan?


Damia : tak payah.. aku boleh balik sendiri.


Haikal : take care! (kenapa pulak aku nak ambik berat pasal dia? Pelik..) tunggu kejap! Nama kau?


Damia : ....?! aku.. damia.


Haikal : aku haikal! Damia, thanks!


Damia : welcome!

0 comments: