BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 3, 2010

LOVE 32- I'm Sorry....

Haikal : Assalamualaikum.

Damia : Waalaikumsalam. Haikal! Kenape telefon ni?

Haikal : Mia, kita keluar nak? Rindu lah... hahaha...

Damia : ok!

Haikal : amboi cepatnya..

Damia : hehe... jumpa nanti..

Bagi Haikal, pertemuan dengan Damia adalah buat kali terakhir sebelum dia meneruskan segala cita-cita ibu dan ayahnya. Bagi mereka Haikal adalah segala-galanya. Mereka mahu buat yang terbaik untuk satu-satunya anak mereka. Boleh dikatakan dalam satu hari, semua tempat mereka pergi. Sepanjang masa mereka bersama. Tiba dia suatu taman...

Haikal : Mia, tunggu sekejap kat sini eh?

Damia : nak pergi mane?

Haikal : kejap je...

Damia : ok...

Haikal terus bergegas ke kedai kek yang berdekatan. Dia mahu meraikan hari jadi Damia walaupun tarikh sebenar ada lebih kurang seminggu lagi. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan harijadi Damia bersama.

Damia : (terkejut melihat Haikal kembali dengan sebiji kek comel ditangannya.) Haikal? Apa ni?
Haikal : Happy Birthday!

Damia : tapi lambat lagi laa...

Haikal : apa salahnya... Haikal nak jadi orang pertama yang sambut birthday Damia.

Damia : sweet nye.. thanks Haikal. (Damia menggosok-gosok kepala Haikal)

Haikal : you’re welcome... nah... (Haikal mengeluarkan mp3 sebagai hadiah. Hadiah itu dibeli pada hari sebelumnya.)

Damia : mp3? Wow, thanks Haikal! Cutenya...

Haikal : dengarlah bila Mia sunyi... (Haikal terlupa yang dia telah merakam segala isi hatinya di dalam mp3 itu pada hari sebelumnya.)

Damia : lagu favourite kita... ‘This I Promise You’ (Damia terus menyanyikan lagu tersebut dengan lancar membuatkan Haikal tersentuh.)

Haikal : Mia, Haikal nak pergi toilet jap ye...(air matanya tidak dapat ditahan lagi. Hatinya sebak.)

Damia : ok. Jangan lama-lama tau?

Haikal melangkah dengan pantas. Dia tidak mahu Damia sedar dengan keadaannya. Dia terus bersembunyi di sebalik pokok. Keinginan ke tandas hanyalah alasan semata-mata. Melihat Damia yang tersenyum menghayati setiap bait lagu membuatkan hatinya bertambah pilu. Airmatanya terus menitis di pipi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Damia : lamanya Haikal ni...(Damia menghantar SMS pada Haikal) lamanya... cepat la sikit. Dah nak senja ni..

Haikal : sorry, Damia. Haikal terpaksa balik dulu sebab ada emergency case. Haikal dah tolong panggilkan teksi. Damia balik naik teksi ye.. take care.. I LOVE U.. Haikal minta maaf... (Haikal menipu lagi)

Damia : ok.(Damia terus berlalu pergi tanpa riak wajah yang kecewa tapi sebaliknya kerana hari itu hari yang paling bahagia buat dirinya. Setiap gerak-gerinya diperhatikan oleh Haikal dari jauh.)

Haikal : (‘take care of yourself. I’m gonna miss you very much!’ Air matanya terus-terusan mengalir. Entah kenapa jiwa lelakinya agak cepat tersentuh sejak beberapa hari ini.)