BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 16, 2010

LOVE 25- I'M SORRY, I LOVE U

Di kolej...
Damia tersenyum melihat Haikal yang baru sampai. Asyraf yang berjalan seiring dengan Haikal galak memerhati tingkah mereka berdua. ‘Apa kena dengan dorang berdua ni?’

Damia : Lisa dah ok? (Jujur Damia bertanya. Memang hatinya remuk pada awalnya kerana rasa cemburu. Tapi, Damia sendiri berjanji pada dirinya untuk menerima Haikal seadanya. Satu lumrah untuk dirinya memaafkan Haikal atas dasar kemanusiaan.

Haikal : kenapa nak tau? (Haikal menjawab dingin. Pandangannya langsung tidak ke arah Damia. Haikal tahu yang dia telah bersalah pada Damia.)
Mata Damia terkebil-kebil melihat sikap Haikal.

Damia : tak ade lah.. nak tau jugak keadaan dia..

Haikal : Kau ni kenapa tanya aku banyak-banyak soalan? (Haikal memandang tepat ke mata
Damia. Melihat air mata jernih yang mula bergenang di mata Damia meyebabkan Haikal berpaling ke arah lain.) Kau ni betul-betul perasan pasal hari tu ye? (Haikal tersenyum seolah-olah menyindir.)

Damia : Apa maksud Haikal? (Ada nada sebak di dalam pertanyaan Damia.)

Haikal : Maksudnya, kau perasan lah. Kau ingat aku suka sangat kat kau? Hadap sangat? Setakat minah kasar macam kau, tolonglah jangan perasan!
Kata-kata Haikal benar-benar menghiris hati Damia. Damia menarik tangan Haikal supaya berhadapan dengannya.

Damia : Haikal tengok mata Damia dan cakap yang Haikal memang tak suka Damia. (Suara Damia terketar-ketar cuba menahan air matanya dari jatuh.)

Haikal : Tengok mata buat apa? Bukannya kita bercinta pun! (Haikal menepis tangan Damia dan terus melangkah keluar semula dari kolejnya tetapi dihalang oleh Damia.)

Damia : Apa yang Mia buat sampai Haikal buat Mia macam ni? (Air matanya sudah berderaian membasahi kedua pipinya.) Haikal, jangan buat Mia macam ni.. Haikal!

Haikal : Kau tepilah! (Haikal menolak Damia jatuh ke tepi sambil diperhatikan oleh Asyraf.)

Asyraf : Haikal! (Asyraf menjerit melihat perbuatan Haikal terhadap Damia. Haikal tidak mempedulikan sahabatnya dan Damia.)

Damia : Asyraf... (Damia menangis tersedu-sedu disebelah Asyraf. Tersirap darah Asyraf dengan kelakuan sahabatnya.)
(Dirasuk setan ke apa kawan aku ni? Kawan?! Siapa ada kawan macam dia tu? Tu bukan kawan aku..)

Kereta Hyundai Getz yang dipandu laju itu diberhentikan di tepi jalan.
Haikal keluar dari kereta sambil menyepak-nyepak tayar keretanya.

Haikal : Arggggggggghhhhhhhhh! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!

Selepas menjerit-jerit seperti orang hilang akal. Haikal terduduk lemah sambil menangis. (Mia mesti lupakan Haikal..mesti…lupakan Haikal..)
Bagi Haikal dirinya tidak layak untuk Damia. Dia tidak layak menjadi penjaga Damia jika sering melukai hati Damia. Damia tidak layak untuk dilukai. Baginya Damia akan terus dilukai jika bersama dengan orang sepertinya. Perkara-perkara itu terus berpusing-pusing di dalam kepalanya.

Haikal : Mia…Mia…Mia.. (Haikal terduduk lemah di tepi keretanya.)

Nama itu terus diucapnya bersama remuk rendamnya jiwa seorang lelaki yang tewas di atas dirinya dan rasa cinta yang dirasakan tidak layak untuk dirinya nikmati.
Hujan pula bagai memahami apabila turut turun rintik-rintik membasahi bumi sepertimana air mata yang membasahi pipi Damia dan Haikal.

LOVE 24- IT'S HURT!!

Haikal mematikan langkahnya di sebalik dinding itu. Di tangannya masih terdapat kesan darah Mellisa. Dia tidak mampu menggunakan tangan itu untuk mengesat air matanya sendiri. Apatah lagi air mata Damia. Remuknya hati Haikal melihat keadaan Damia. Perlahan-lahan Haikal menuju ke bilik air.

Dicucinya berkali-kali kedua tangannya. Biar hilang kelukaan Mellisa yang terpalit di tangannya hilang. Haikal terduduk di tepi sinki. Seperti hilang seluruh jiwanya, Haikal menangis .
(Mengapa benda yang aku rancang tak jadi? Mengapa aku lukakan Damia lagi?Mengapa kau teruk sangat Haikal?)
Pertanyaan-pertanyaan yang bertalu-talu bermain-main di mindanya bagai menghiris-hiris jiwanya.. pedih.

Sementara itu..

Hakimi: Dah lega? (Hakimi menghulurkan tisu kepada Damia.)

Damia : Dah. (Damia cuba untuk tersenyum walaupun dengan mata yang bengkak.) Mia tak salahkan Haikal.. Mia cuma berasa sedih dan Mia menangis. Mia okay.

Hakimi: Kimi faham. Beruntung Haikal kan? (Hakimi tersenyum memandang Damia.)

LOVE 23- LET ME BE YOUR DIARY..

Mata Hakimi melilau-lilau mencari Damia. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Dia tersenyum apabila melihat Damia duduk di lobi hospital. Bagaimanapun senyumannya tidak panjang apabila melihat mata Damia yang berkocak dengan air mata.

Hakimi: Damia?
Damia tersenyum sambil memandang Hakimi. Air matanya dikesat.

Damia : Hakimi..

Hakimi: Ya.

Damia : Kimi tau? Haikal selalu mungkir janji..tak pernah tepat waktu…baran..dan suka cari pasal..

Hakimi sekadar mendengar keluhan Damia. Dia tersenyum kembali sambil setia mendengar keluhannya.

Damia : Tapi.. Damia .. sayang.. Haikal. (Ada sendu di hujung kata-kata Damia. Damia terdiam seketika. Tanpa boleh ditahan Damia menangis tersedu-sedu.)
Hakimi yang duduk disebelahnya tidak mampu berbuat apa-apa. Hatinya juga tersentuh mendengar tangisan Damia. Dia sekadar mampu menemani Damia yang kesedihan. Hakimi sedar, sudah 2 minggu dia tidak bertegur sapa dengan Damia. Sudah 2 minggu juga Hakimi sering memerhati Damia dari jauh bersama Haikal. Bahagia dapat dirasakan dari melihat raut wajah Damia yang seringkali mencuri hatinya untuk terus memerhatikan tingkah laku gadis itu. Hakimi seperti sudah melupakan janjinya pada Damia yang dia akan jadi pendengar setia Damia. Tapi disebabkan perasaan cemburunya yang menguasai diri, dia telah melupakan Damia. Kali ini Hakimi nekad yang dia akan menjadi teman Damia meskipun hatinya perit setelah mendapat tahu tentang Haikal dan Damia. ‘ Kali ni aku takkan lupakan kau, Damia. Let me be your diary.' )

Dari kejauhan Haikal berasa lemah dan tidak berdaya melihat Damia menangis.

LOVE 22- SoRRy, i'M nOt FoR yOu...

Tangisan Mellisa semakin reda. Dia memandang tepat ke wajah Haikal.

Mellisa : Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi Lisa semasa Lisa memerlukan seseorang.

Haikal : Tak ada hal lah.

Mellisa : Kenapalah Lisa tak perasankan Haikal dulu? (Mellisa merenung tepat ke mata Haikal. Haikal mengeluh kecil dan mengalihkan pandangannya. Dia cuba untuk tersenyum dan memandang Mellisa.

Haikal : Lisa..hari ni mungkin hari terakhir Haikal melawat Lisa..
Mellisa mengerut dahinya.

Haikal : Lisa.. I ada seseorang yang I perlu jaga hati dan perasaan dia. Seseorang yang amat penting dalam hidup I .. seseorang..

Mellisa : Maksud you? ( Mellisa memandang tepat ke arah Haikal.)

Haikal : I tak boleh lukakan hati dia. I dah janji takkan melukakan hati dia.

Mellisa : Dan tanpa Zafril... tanpa you... Lisa akan keseorangan.. (Mellisa berkata-kata dengan lemah. Matanya merenung ke dinding. Wajahnya kelihatan kosong.)

Haikal tidak menjawab. Mulutnya terkunci dengan lidah yang kelu.Perlahan-lahan Haikal melepaskan pegangan tangan Mellisa. Haikal bangun melangkah perlahan-lahan keluar ke muka pintu.

Langkah Haikal terhenti apabila terdengar bunyi kaca terhempas. Dia memaling ke belakang dan tergamam melihat serpihan kaca gelas berterabur dan Mellisa yang tidak bermaya dengan pergelangan tangan yang berdarah.

Haikal : Doktor!Doktor! (Haikal menjerit sambil mendapatkan Mellisa yang sudah lembik. Seorang doktor dan jururawat segera masuk ke bilik itu.)

Di luar pintu bilik itu seorang gadis melihat kejadian itu dengan seribu remuk rendam di dada. Perlahan-lahan air mata menitis di pipi Damia.
Haikal sekilas terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang. Kehadiran seseorang yang dirasakannya terlalu dekat.

LOVE 21- MELLISA?!!

Hari ini adalah hari pertama Damia dan Haikal akan keluar ‘dating’ setelah 2 minggu mereka berdua berbaik semula. Haikal bercadang untuk menonton wayang bersama-sama. Awal-awal pagi lagi Damia sudah bersiap. Haikal pula sudah menunggunya di luar rumah. Mereka pun berlalu pergi ke tempat yang dijanjikan.

Haikal : Mia tunggu sini, biar Haikal beli tiket ye..

Damia : ok!

Tiba-tiba Damia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku pada raut wajah Haikal selepas haikal mendapat panggilan dari seseorang. Damia pelik melihat ke arah Haikal yang dari tadi kelihatan seperti ada yang tak kena pada wajah lelaki itu. Damia terus memerhatikan gerak-geri Haikal dan lelaki itu terus menghampirinya.

Haikal : Mia, Haikal rasa kita terpaksa batalkan rancangan kita.

Damia : kenapa? Haikal ada hal ke?

Haikal : Lisa... masuk wad.

Damia : ish.. biar betul..

Haikal : Haikal ingat nak pergi melawat dia kat hospital la..

Damia : boleh tak Mia ikut sekali?

Haikal : Mia tak kisah ke?

Damia : Mia tak kisah la..

Haikal : ok, jom..
Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Sebelum dia membuka pintu, dia sempat memandang ke arah damia. Damia membalas pandangannya.

Damia : Haikal, awak masuk sorang je la. Mia tunggu kat luar.

Haikal : tak nak masuk sekali ke?

Damia : tak pe la. Awak masuk je la.

Haikal : emm... Mia tunggu sini. Haikal masuk sekejap je, tengok keadaan dia. Mia jangan pergi
mana-mana tau.

Damia : OK.
Pintu bilik dikuak. Haikal cuba mengukir senyuman yang paling ikhlas. Namun wajahnya berubah hampa apabila melihat Mellisa menangis.

Haikal : Lisa... (Haikal duduk di sebelah Mellisa. Ada riak kerisauan di wajahnya.)

Mellisa : Haikal... (Haikal tersentak apabila Melissa memeluknya sambil menangis teresak-esak. Perlahan-lahan Haikal melepaskan pelukan itu.Dia cuba menenangkan Mellisa.)

Haikal : Apa yang terjadi?

Mellisa : Zafril...

Haikal : Zafril? (Zafril. Teman lelaki Mellisa yang baru.)

Mellisa : Dia nak tinggalkan Lisa.

Lisa membaling bantal dan menarik-narik cadar seperti orang yang hilang arah. Haikal memegang tangannya untuk menenangkannya. Mellisa menyembamkan wajahnya ke bahu Haikal dan menangis teresak-esak.
Fikiran Haikal melayang-layang dalam tangisan Mellisa. Sedaya upaya dia cuba untuk fokus tujuan asalnya ke situ.
Nafasnya ditarik dalam-sedalamnya.

LOVE 20- OH NOOOO!!!!

Hakimi: Damia, saya ada kelas sekarang ni. Saya pergi dulu.( hakimi beredar meninggalkan mereka berdua dengan tegesa-gesa. Dia tidak mahu damia dan haikal dapat mengesan riak wajahnya yang agak cemburu dan kecewa ketika itu.)

Haikal : (menepuk bahu damia yang masih mengelamun dengan perlahan) damia..

Damia : huh?! (tersentak dengan teguran haikal) kenapa?

Haikal : damia, disebabkan kau dah maafkan aku, aku ingat nak belanja kau lunch. Dah lama kita tak lunch, kan?

Damia : lunch? Ok lah. (damia masih berada di dunianya sendiri. Dia tidak tahu sama ada perkataan yang terkeluar dari mulutnya adalah daripada hati atau sekadar di bibir saja. Dia hanya mengiakan sahaja kata-kata haikal.)

Sementara itu..

Hakimi: betul ke tak ada apa-apa yang berlaku? Damia... haikal... Macam mana boleh terkurung dalam lif pulak? Aduh... (Hakimi tidak senang hati setelah melihat Damia dan Haikal keluar dari lift setelah beberapa minit terkurung.)

Semasa di kafe, damia hanya mendiamkan diri. Haikal pula tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan mereka. Masing-masing sedang menikmati makanan di atas meja tanpa sebarang suara. Tiba-tiba...

Melissa : amboi! korang berdua ni tak habis lagi ke buat drama murahan macam ni? Sudah- sudah la tu.. aku takkan termakan lagi dengan drama kau yang tak boleh menang apa-apa award tu, damia. (makin panas telinga damia mendengar kata-kata melissa) kau tak serik lagi ke, damia? Kau tahu tak? Bila kau asyik berkepit dengan haikal je, orang lain bukannya fikir yang engkau ni awek dia tp orang fikir kau ni...

Haikal : (memotong kata-kata mmelissa) stop it, lisa. Kenapa you tak habis-habis nak kenakan mia? Mia tak salah apa-apa. I yang ajak dia lunch berdua. Bukan dia yang datang cari I.

Melissa : wah! Ada orang bela nampaknya? Kenapa? You dah mula suka kat dia ke sampai you nak bela-bela dia macam tu? dan lebihkan dia daripada I?

Haikal : memang! Memang pun I dah mula suka kat dia. Memang I dah cintakan dia. Kenapa? Salah ke? (suara haikal semakin tinggi sehinggakan semua orang memberi perhatian terhadap pengakuan haikal. Mereka semua tersentak termasuklah damia) kenapa diam? Untuk pengetahuan you, cik melissa, nama you dah lama padam dalam hati I. Tak de sebarang kesan sikit pun yang you tinggalkan dalam hati I ni. Mungkin jugak yang nama you tak pernah ada dalam hati I ni. I cuma terpaksa je terima you.

Melissa : then, you nak cakap yang hati you sekarang dah ada nama dia ke?(jari telunjuknya tepat ditujukan ke arah damia)

Haikal : nampaknnya you sendiri yang dah dapat jawapan tu, so tak perlu la I nak jawab, kan? (lantas menarik tangan damia dan beredar dari situ. Haikal masih lagi tidak mendapat apa-apa reaksi dari damia. Dia melepaskan tangan damia dan memandang ke arah muka damia yang masih dalam kekeliruan.) damia, aku tak tahu apa yang kau fikir sekarang ni tapi semua yang aku cakap tadi tu memang datang dari hati aku. aku memang ikhlas. Aku memang nak cakap dengan kau tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan. (masih tidak dapat apa-apa reaksi dari damia.) damia, say something? Jangan la buat aku macam ni..

Damia : (tergelak dengan tiba-tiba) kau ni...haikal... hahaha... asal kau jiwang sangat hari ni? Aku dah tak larat nak tahan gelak.

Haikal : jangan la macam ni, mia. Kau jangan la buat aku malu. Aku tak pernah cakap macam ni. First time aku luahkan perasaan aku depan orang ramai.

Damia : tak, masalahnya betul ke apa yang aku dengar ni? Tipu lah.. cuba kau ulang balik balik ayat tu. takut aku tersilap dengar.

Haikal : haa? Tak nak lah.. tak ade siaran ulangan.

Damia : alaa.. boleh la.. sekali ni je.. (meletakkan tangannya di atas bahu haikal. Cute betul..)
Haikal : malu lah..

Damia : buat apa kau nak malu. Kitakan kawan. Relax la..

Haikal : kawan?!

Damia : ye.. kawan!

Haikal : kawan je? Kau biar betul, damia. Separuh mati aku luahkan tadi. Kau cakap kawan je. Benci lah. (haikal merajuk. Dia berlalu dari situ. Diikuti oleh damia..)

Damia : betul la kawan. Ada ke tadi kau cakap kat aku yang kau nak couple or anything else. Tak ada kan? Sorry!

Haikal : tapi tadi... tak nak kawan! Merajuk lah cam ni! (haikal berjalan pantas sambil menghentak-hentak kaki.)

Damia : tak nak kawan, sudah! Merajuk lah.. aku tak reti nak pujuk...

Haikal : damia..

Damia : tadi kata tak nak kawan..

Haikal : ok, aku tarik balik..

Damia : oo.. dah manyesal la ni?

Haikal : yup! Tak nak buat lagi..

Damia : bagus.. he he..

Damia mengimbau kembali perkara yang tidak disangka-sangka berlaku pada dirinya. Dia masih tertanya-tanya kebenaran kata-kata Haikal. Kadang-kadang Damia ketawa, kadang-kadang merungut sendirian. Seperti orang gila jadinya. Damia betul-betul sudah jatuh cinta. ‘Senangnya aku suka kat dia. Gila betul!’. Tiba-tiba bayangan Hakimi muncul. Damia pelik dengan wajah Hakimi ketika bertembung dihadapan pintu lif.‘ Kenapa dengan Kimi? Kenapa muka dia macam tak bermaya je? Dia tak sihat ke?’ Macam-macam dalam fikirannya. Tanpa menunggu lama, Damia terus mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor telefon Hakimi. Malangnya tidak dijawab. Damia terus mendail beberapa kali. Masih tiada jawapan.

Esoknya...

Damia : Kimi! (Damia ternampak kelibat Hakimi.) kimi.. tunggu la. Kimi! (‘kenapa dengan mamat ni? Aku panggil, buat tak tahu je. Call banyak kali, tak jawab. Pelik betul.’ Damia merungut.)

Hakimi : Mia.. kenape?(Hakimi rasa seperti mahu melarikan diri dari Damia.)

Damia : nape mia call, Kimi tak jawab?

Hakimi : bila?

Damia : malam tadi..

Hakimi : oo.. kimi tidur. Kenapa mia call kimi?

Damia : saja je.. kenapa dengan Kimi ni? Macam dah tak nak jumpa Mia je.. Mia ada buat salah kat Kimi ke?

Hakimi : eh, tak la. Mana ada. Sorry, Kimi busy sikit sekarang ni. Kimi kena pergi sekarang. Ada hal. Ok bye! (Hakimi beredar dengan tergesa-gesa.)

Damia : oh, ok.. (kenapa dengan dia?)

Friday, February 12, 2010

LOVE 19 - LiF PuNyE pAsAl !!!

Esok pagi...

Damia : alamak abis lah aku ! Apesal lah hari ni boleh lambat bangun pulak!!

Pn.
Khatijah: Mia, tak sarapan dulu?

Damia : tak pe lah ummi.. dah lambat ni.. pergi dulu.. Assalamualaikum.

Di kolej...

Damia : tunggu! (menyedari apabila pintu lif sudah hampir tertutup. Apabila pintu lif sudah terbuka, Damia terus menerjah masuk ke dalam lif dengan keadaan yang tercungap-cungap. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah seorang lelaki yang dikenalinya. Dah la mereka berdua je dalam lif tu. ‘apesal la mamat ni ade kat sini lagi? Bosan betul! Aku ni pun satu, apelah yang aku merepek ni.. dah dia belajar kat sini. Mesti lah selalu jumpa...)

Haikal : (apehal la minah ni tercungap-cungap.. macam kene kejar hantu je.. sementara lif ni belum berhenti, baik aku teruskan rancangan aku.)

Damia : (cepat la lif ni berhenti...)

Haikal : emm.. Damia...

Damia : nape?

Haikal : aku...

Tiba-tiba lif itu berhenti.

Haikal : pahal plak ni?(macam nak bagi peluang kat aku je..)

Damia : yang kau tercegat kat situ lagi pahal? Cepat la mintak tolong!

Haikal : macam mane? (mereka berdua mengetuk-ngetuk pintu lif itu. Haikal berhenti dari mengetuk pintu itu. Dia sangka yang tiada siapa yang dengar. Tapi Damia terus melakukannya.) weh, Mia dah la tu.. bukan nye ade orang tau pun.

Damia : abis tu, nak buat macam mane ni?

Haikal : duduk je lah diam-diam.

Damia : tak kan...

Haikal : syy... Damia kalau kau diam sekejap tak boleh ke? Pening laa...

Damia : yelah... (Damia seperti terkene pukau. Dia hanya menurut kata dan terus terduduk di lantai lif itu.)

Haikal : Mia, I’m sorry... (dengan nada suara yang perlahan)

Damia : ha? Tak dengar la... kuat la sikit..

Haikal : I’m sorry, I’m sorry, I’m sorry...

Damia : syy... diam. Tadi suruh orang diam. Dia pulak yang bising..

Haikal : sekarang kau dah boleh cakap..

Damia : dah la tu.. tak payah la cakap banyak kali... aku dah lupakan hal tu...

Haikal : so, kau dah maafkan aku? (hatinya berbunga-bunga apabila mendengar pengakuan Damia.)

Damia : entah lah... belum fikir lagi. Tengok lah... bila-bila..

Tiba-tiba mereka terdiam seketika. Masing-masing tengah melayan perasaan sendiri. Tidak lama kemudian lif bergerak dan pintu pun terbuka. Ditengah-tengah kekecohan berlaku, rupa-rupanya ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.

Hakimi: Damia! Awak tak ape-ape?

Damia : Kimi... saya ok...

Haikal : (alamak, hakimi ni kacau la pulak..)

Thursday, February 4, 2010

gAmBaR LaGi