BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 24, 2010

LET BE A FRIEND!

Di Student Square (tempat pelajar lepak selepas kuliah tamat)

Hakimi: ah.. bosan betul ari ni. Ape aku nak buat sekarang ni?

Damia : (menangis teresak-esak dan duduk disebelah hakimi. Dia tidak sedar yang hakimi sedang bingung memerhatikan tingkah lakunya.)

Hakimi: mia, nape nangis ni? Relax ar..

Damia : haikal tu.. kurang ajar betul la mamat tu! Menyakitkan hati je.. sabar je la aku. Pi mampus la ngan awek kau yang gedik tak bertempat tuh! (damia terus melepaskan geramnya.)

Hakimi: (terkejut dengan kata-kata damia yang agak kasar itu. Tapi agak lucu. “Kelakar betul minah ni marah. Tapi comel” he he.. ) cube Mia bagitau Kimi, why r U crying? Just tell me, why?

Damia : haikal... dia ingat aku ni ape? Perempuan simpanan dia ke? Arghh... Menyampah aku.. Senang-senang nak permainkan perasaan aku. Dia ingat aku suka sangat ke ngan dia. Sori sikit. Ingat aku ni terhegeh-hegeh sangat nak kat dia... Kalau hensem tak pe la gak. Tapi memang hensem pun. Tak dinafikan. Harap muka je hensem, hati busuk macam kambing! Kambing pun tak sebusuk dia! Ee.. geramnya aku! Yang aku pun satu! Asal la aku pegi setuju pakat ngan dia nak kenekan si Melissa tu? Hmm... Ape la nasib... @#$%&!*? Geram betul...

Hakimi: dah? Lega? Or ade lagi yang belum keluar? Mia cakap bahase ape td? Sorry Kimi tak paham...

Damia : tu bahase korea.. kau ape tau.. Huh, lega! Tapi ade lagi. Maybe, belum nak keluar. Sori.. kesian plak kat kau.

Hakimi: tak pe. Kalau ade lagi yang terbuku kat hati Mia tu, bleh la panggil Kimi. Kimi sudi mendengarnya.

Damia : aik?! Macam perli je?

Hakimi: no! I’m serious. Maybe Mia perlukan teman untuk Mia luahkan masalah Mia. Jangan pendam. Nanti sakit jiwa. Tak pasal-pasal kawan Kimi masuk hospital sakit jiwa. Malu Kimi. ha ha..

Damia : mintak dijauhkan...

Hakimi: nah, sapu tangan! Lap muka tu. Mata pun bengkak. Ape la Mia ni.. macam baru lepas putus cinta je..

Damia : lebih kurang arr dengan putus cinta tu. Thanks bagi sapu tangan ni. Cutenye! Gambar kartun lagi..

Hakimi: (alamak, malunya aku..) ops.. he he.. tu adik Kimi punye.. terambik… mama Kimi la ni.. dia tak sedar. Terbagi sapu tangan ni kat Kimi.

Damia : eleh, malu la tu nak ngaku… dengan aku pun kau nak malu.

Hakimi: eh, mane ade. Ini Afiq Hakimi laa... Tak main la sapu tangan kartun ni. Kalau Mia nak simpan, simpan la. Kimi tak kesah. Adik Kimi lagi tak kesah...

0 comments: