BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 5, 2010

WHOSE THAT GURL?

Pagi Sabtu, tiba-tiba Damia merasakan rindu yang teramat sangat pada Haikal. Sudah lama mereka tidak keluar bersama menonton wayang. Bagi Damia, inilah lah peluang untuk dia bertemu dengan Haikal. Damia pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Haikal.

Damia : hello, assalamualaikum. Haikal...

Haikal : waalaikumsalam.

Damia : awak busy tak hari ni?

Haikal : kenape? (seperti berbisik)

Damia : dah lama kita tak keluar sama-samakan? Jom tengok wayang?

Haikal : maaf lah. Haikal ada hal kat ofis ni. Busy sangat. Makan pun belum lagi.

Damia : aik? Hari sabtu pun kerja jugak ke?

Haikal : tulah... sorry tak dapat temankan. Lain kali ye? Haikal mintak maaf sangat-sangat.

Damia : tak pe lah kalau macam tu. Sorry ganggu Haikal. Jangan asyik pentingkan kerja je
sampai tak ingat nak makan. Jaga kesihatan tau.

Haikal : ok. Thanks coz faham Haikal. (tiba-tiba saja talian mereka terputus.)

Damia : aik?? Busy sangat ke mamat ni? Sampai tak sempat nak ucap bye kat dia. Hmm.. biar lah. Kalau macam tu baik aku ajak Fadila dengan Mimi je. Dengan dorang no hal punye..

Sementara itu...

Arianna: whose that?

Haikal : what? Kawan. (haikal terpaksa memberhentikan perbualannya dengan Damia dan terus memutuskan talian itu.)

Arianna: jom. Nanti dah tak dah habis pulak tiket movie tu.

Haikal : jom.

Sampai saja di Time Square, Damia terus menelefon Fadila.

Damia : Fad, aku dah sampai ni..

Fadila : wah, semangat betul kau... cepat betul kau sampai.

Damia : haha.. tengok orang arr..

Fadila : kalau macam tu, tunggu aku kat tempat biase.

Damia : ok. (damia terus menuju ke tempat biasa mereka selalu bertemu, McD. Sementara menunggu Mimi dan Fadila tiba, Damia memesan air dan juga kentang goreng sekadar untuk mengalas perut yang dari pagi lagi belum diisi makanan.)

Mimi : Damia!

Damia : mimi, terkejut aku tau..

Fadila : amboi, kusyuk nye makan. Tak pandang kiri kanan langsung. Sampai kitorang lambai-lambai pun tak nampak.

Damia : sorry sorry... haha... (tiba-tiba Damia terpegun seketika apabila terpandangkan pada sepasasang kekasih yang baru saja melintas di hadapannya. Wajah lelaki itu memang dikenalinya. Tiba-tiba terpacul juga nama Haikal dari mulutnya. ‘Haikal’...)

Fadila : weh, Damia.. kau kenape ni? Macam kene sampuk je..

Mimi : weh, Fad.. tengok tu.. ( Mimi juga telah menyedarinya)

Fadila : betul ke tu Haikal.. entah-entah orang lain kot... (kata-kata Fadila hanya sekadar untuk menceriakan keadaan.)

Damia : betul jugak cakap kau..

Mimi : kau rindu sangat kot kat dia sampai terbayang muka laki tu macam Haikal.. betul tak?

Damia : hmmm...

Tiba sudah giliran mereka untuk masuk ke panggung wayang. Tiba saja di panggung itu, masing-masing mengambil tempat duduk. Dengan tidak sengaja lagi sekali matanya terpandang pada wajah Haikal. Kali ini memang benar Haikal. Macam-macam persoalan yang bermain difikirannya. ‘ macam mana Haikal boleh ada kat sini? Bukan ke dia cakap busy tadi? Sape pulak perempuan yang duduk sebelah dia tu? nampak rapat semacam je?’ Fadila dan juga Mimi yang juga terpandang haikal, tiba-tiba terdiam. Mujur lah lampu pawagam itu dipadam cepat. Kalau tidak Haikal juga akan menyedari yang Damia juga ada disitu. Tiba-tiba terkeluar juga soalan dari mulut Mimi yang entah dari mana datangnya.

Mimi : Damia, kau ok ke? Kalau tak, jom lah kita keluar. Tak best la movie ni. ( setelah menyedari air mata Damia yang dari tadi sudah bergenang.)

Damia : merepek je kau ni. Movie tu pun belum start lagi, kau dah cakap tak best. Kita tengok sampai habis ye.. (seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi air mata Damia terus- terusan menitis. Entah kenapa dia dapat rasakan lemah yang teramat sangat. Kakinya sudah menggigil. Damia mengesat airmatanya. Dia tidak mahu Mimi dan juga Fadila menyedarinya.)

Fadila : (‘Damia, kau tak payah la nak sorok kesakitan kau tu dari kitorang. Kitorang dah kenal kau sangat-sangat.’ Fadila terus mencapai tangan kiri Damia. Mimi pula mencapai tangan kanannya. Mereka berpandangan seketika.)

Damia : (dia sekadar menghadiah kan senyuman tanda terima kasih kepada kawan-kawannya. ‘nasib baik korang ada dengan aku. thanks! Korang lah kekuatan aku.’)

IS IT TRUE??

Fadila : Damia, kalau aku bagitahu kau satu benda ni, kau janji ngan aku yang kau takkan cepat melenting. Boleh tak?

Damia : tengok lah dulu.. he he...

Fadila : aku tak tahu la samaada benda ni betul or tak. And tak tau la samada nak percaya cakap orang lain or tak.

Damia : ishh.. cepat laa..

Fadila : aku dengar cerita, Haikal dah nak kahwin. Aku dengar Haikal dipaksa kahwin sebab nak selamatkan syarikat ayah dia.

Damia : ye ke? Bagus lah. Moga dia bahagia dengan bakal isteri dia tu.

Fadila : kau ni, Damia... takkan macam tu je reaksi kau?

Damia : abis tu aku nak buat apa? Tadi kau jugak yang suruh aku jangan melenting.

Fadila : bukan itu maksud aku.. takkan kau tak ada sikit pun perasaan marah?

Damia : entah la.. malas lah fikir pasal benda yang belum tentu betul. Kau pun dapat tau dari orang lain kan? Tapi kalau perkara ni betul-betul berlaku, apa salahnya kalau dia berkahwin sekalipun. Dah jodoh dia dengan perempuan tu. Biar je lah. Ramai lagi lelaki lain untuk aku. Betul tak?

Fadila : betul jugak cakap kau. Aku respect la dengan kau.. (aku tahu perasaan kau. Tengok mata kau pun aku dapat tau yang kau menipu.)

Friday, July 2, 2010

YOU'RE MINE !

Sampai saja di rumah, Damia terus masuk ke bilik untuk mandi dan terus menyalin pakaian tidurnya. Apabila selesai solat maghrib, Damia duduk dihadapan cermin di meja soleknya. Matanya segera terpandangkan seutas rantai pemberian Haikal sewaktu hari pertama mereka menjadi pasangan kekasih. Kata Haikal rantai itu adalah tanda yang Damia telah dimiliki. Damia tergelak sendirian apabila mengimbau semula kata-kata Haikal.

Haikal : Damia, tengok tangan...


Damia : buat ape? (damia sembunyikan tangannya daripada Haikal)


Haikal : tunjuk kejap tangan awak tu... haikal nak tilik nasib..


Damia : haikal tau ke tilik nasib? Tipu...


Haikal : Damia... untuk awak. (terus menarik tangan Damia dan meletakkan sebuah kotak kecil kecil di atas tapak tangan Damia.)


Damia : ape ni?


Haikal : bukak la. Kalau nak tau.


Damia : (terus membuka kotak itu. alangkah terkejutnya Damia apabila dia terlihat seutas rantai). Cantiknya.. untuk Mia ke?


Haikal : eh, tak la. Untuk makcik cleaner yang selalu tegur Mia tu.. Haikal saje je suruh Mia tengok. Cantik tak?


Damia : cantik... tapi rantai ni bukan Mia punye. Ingatkan untuk Mia.. nah, ambik la balik! Bagi lah kat makcik tu.. mesti dia suka kan?


Haikal : hahaha... Kelakar lah Mia ni.. Haikal gurau pun tak boleh. Takkan lah Haikal nak bagi makcik tu.. hilang akal ke? Bukannye makcik tu girlfriend Haikal. (Haikal terus memakaikan rantai itu pada Damia. Cantik. Padan dengan orang yang memakainya.) Suke?


Damia : hehe.. suke... sangat.. Thanks!


Haikal : tahu tak apa makna rantai?


Damia : tak. Apa?


Haikal : ikatan cinta yang perlu perhatian.


Damia : maksudnye ape?


Haikal : maksudnya, bila Mia pakai rantai ni, maknanya Haikal sentiasa ada dekat dengan Mia. Sekarang ni, Mia, Haikal punya. Haikal dah cop awal-awal. So, tak ade sape boleh ambik Mia dari Haikal. Faham?


Damia : boleh percaya ke? Entah-entah Haikal nanti yg ada spare part lain.


Haikal : Mia jealous eh?


Damia : Mia pun perempuan jugak, Haikal. Mesti la ade perasaan macam tu..


Haikal : ok, kalau macam tu, Haikal akan cuba sedaya upaya takkan buat Cik Nurin Damia ni cemburu.


Damia : promise?


Haikal : promise! (Haikal mencubit pipi Damia yang putih itu.) geram nye... comel!


Damia : sakit arr...


Haikal : kesianya... sakit ye... tak payah pakai blusher lagi. dah merah pun. Hehe...