BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 5, 2010

WHOSE THAT GURL?

Pagi Sabtu, tiba-tiba Damia merasakan rindu yang teramat sangat pada Haikal. Sudah lama mereka tidak keluar bersama menonton wayang. Bagi Damia, inilah lah peluang untuk dia bertemu dengan Haikal. Damia pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Haikal.

Damia : hello, assalamualaikum. Haikal...

Haikal : waalaikumsalam.

Damia : awak busy tak hari ni?

Haikal : kenape? (seperti berbisik)

Damia : dah lama kita tak keluar sama-samakan? Jom tengok wayang?

Haikal : maaf lah. Haikal ada hal kat ofis ni. Busy sangat. Makan pun belum lagi.

Damia : aik? Hari sabtu pun kerja jugak ke?

Haikal : tulah... sorry tak dapat temankan. Lain kali ye? Haikal mintak maaf sangat-sangat.

Damia : tak pe lah kalau macam tu. Sorry ganggu Haikal. Jangan asyik pentingkan kerja je
sampai tak ingat nak makan. Jaga kesihatan tau.

Haikal : ok. Thanks coz faham Haikal. (tiba-tiba saja talian mereka terputus.)

Damia : aik?? Busy sangat ke mamat ni? Sampai tak sempat nak ucap bye kat dia. Hmm.. biar lah. Kalau macam tu baik aku ajak Fadila dengan Mimi je. Dengan dorang no hal punye..

Sementara itu...

Arianna: whose that?

Haikal : what? Kawan. (haikal terpaksa memberhentikan perbualannya dengan Damia dan terus memutuskan talian itu.)

Arianna: jom. Nanti dah tak dah habis pulak tiket movie tu.

Haikal : jom.

Sampai saja di Time Square, Damia terus menelefon Fadila.

Damia : Fad, aku dah sampai ni..

Fadila : wah, semangat betul kau... cepat betul kau sampai.

Damia : haha.. tengok orang arr..

Fadila : kalau macam tu, tunggu aku kat tempat biase.

Damia : ok. (damia terus menuju ke tempat biasa mereka selalu bertemu, McD. Sementara menunggu Mimi dan Fadila tiba, Damia memesan air dan juga kentang goreng sekadar untuk mengalas perut yang dari pagi lagi belum diisi makanan.)

Mimi : Damia!

Damia : mimi, terkejut aku tau..

Fadila : amboi, kusyuk nye makan. Tak pandang kiri kanan langsung. Sampai kitorang lambai-lambai pun tak nampak.

Damia : sorry sorry... haha... (tiba-tiba Damia terpegun seketika apabila terpandangkan pada sepasasang kekasih yang baru saja melintas di hadapannya. Wajah lelaki itu memang dikenalinya. Tiba-tiba terpacul juga nama Haikal dari mulutnya. ‘Haikal’...)

Fadila : weh, Damia.. kau kenape ni? Macam kene sampuk je..

Mimi : weh, Fad.. tengok tu.. ( Mimi juga telah menyedarinya)

Fadila : betul ke tu Haikal.. entah-entah orang lain kot... (kata-kata Fadila hanya sekadar untuk menceriakan keadaan.)

Damia : betul jugak cakap kau..

Mimi : kau rindu sangat kot kat dia sampai terbayang muka laki tu macam Haikal.. betul tak?

Damia : hmmm...

Tiba sudah giliran mereka untuk masuk ke panggung wayang. Tiba saja di panggung itu, masing-masing mengambil tempat duduk. Dengan tidak sengaja lagi sekali matanya terpandang pada wajah Haikal. Kali ini memang benar Haikal. Macam-macam persoalan yang bermain difikirannya. ‘ macam mana Haikal boleh ada kat sini? Bukan ke dia cakap busy tadi? Sape pulak perempuan yang duduk sebelah dia tu? nampak rapat semacam je?’ Fadila dan juga Mimi yang juga terpandang haikal, tiba-tiba terdiam. Mujur lah lampu pawagam itu dipadam cepat. Kalau tidak Haikal juga akan menyedari yang Damia juga ada disitu. Tiba-tiba terkeluar juga soalan dari mulut Mimi yang entah dari mana datangnya.

Mimi : Damia, kau ok ke? Kalau tak, jom lah kita keluar. Tak best la movie ni. ( setelah menyedari air mata Damia yang dari tadi sudah bergenang.)

Damia : merepek je kau ni. Movie tu pun belum start lagi, kau dah cakap tak best. Kita tengok sampai habis ye.. (seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi air mata Damia terus- terusan menitis. Entah kenapa dia dapat rasakan lemah yang teramat sangat. Kakinya sudah menggigil. Damia mengesat airmatanya. Dia tidak mahu Mimi dan juga Fadila menyedarinya.)

Fadila : (‘Damia, kau tak payah la nak sorok kesakitan kau tu dari kitorang. Kitorang dah kenal kau sangat-sangat.’ Fadila terus mencapai tangan kiri Damia. Mimi pula mencapai tangan kanannya. Mereka berpandangan seketika.)

Damia : (dia sekadar menghadiah kan senyuman tanda terima kasih kepada kawan-kawannya. ‘nasib baik korang ada dengan aku. thanks! Korang lah kekuatan aku.’)

IS IT TRUE??

Fadila : Damia, kalau aku bagitahu kau satu benda ni, kau janji ngan aku yang kau takkan cepat melenting. Boleh tak?

Damia : tengok lah dulu.. he he...

Fadila : aku tak tahu la samaada benda ni betul or tak. And tak tau la samada nak percaya cakap orang lain or tak.

Damia : ishh.. cepat laa..

Fadila : aku dengar cerita, Haikal dah nak kahwin. Aku dengar Haikal dipaksa kahwin sebab nak selamatkan syarikat ayah dia.

Damia : ye ke? Bagus lah. Moga dia bahagia dengan bakal isteri dia tu.

Fadila : kau ni, Damia... takkan macam tu je reaksi kau?

Damia : abis tu aku nak buat apa? Tadi kau jugak yang suruh aku jangan melenting.

Fadila : bukan itu maksud aku.. takkan kau tak ada sikit pun perasaan marah?

Damia : entah la.. malas lah fikir pasal benda yang belum tentu betul. Kau pun dapat tau dari orang lain kan? Tapi kalau perkara ni betul-betul berlaku, apa salahnya kalau dia berkahwin sekalipun. Dah jodoh dia dengan perempuan tu. Biar je lah. Ramai lagi lelaki lain untuk aku. Betul tak?

Fadila : betul jugak cakap kau. Aku respect la dengan kau.. (aku tahu perasaan kau. Tengok mata kau pun aku dapat tau yang kau menipu.)

Friday, July 2, 2010

YOU'RE MINE !

Sampai saja di rumah, Damia terus masuk ke bilik untuk mandi dan terus menyalin pakaian tidurnya. Apabila selesai solat maghrib, Damia duduk dihadapan cermin di meja soleknya. Matanya segera terpandangkan seutas rantai pemberian Haikal sewaktu hari pertama mereka menjadi pasangan kekasih. Kata Haikal rantai itu adalah tanda yang Damia telah dimiliki. Damia tergelak sendirian apabila mengimbau semula kata-kata Haikal.

Haikal : Damia, tengok tangan...


Damia : buat ape? (damia sembunyikan tangannya daripada Haikal)


Haikal : tunjuk kejap tangan awak tu... haikal nak tilik nasib..


Damia : haikal tau ke tilik nasib? Tipu...


Haikal : Damia... untuk awak. (terus menarik tangan Damia dan meletakkan sebuah kotak kecil kecil di atas tapak tangan Damia.)


Damia : ape ni?


Haikal : bukak la. Kalau nak tau.


Damia : (terus membuka kotak itu. alangkah terkejutnya Damia apabila dia terlihat seutas rantai). Cantiknya.. untuk Mia ke?


Haikal : eh, tak la. Untuk makcik cleaner yang selalu tegur Mia tu.. Haikal saje je suruh Mia tengok. Cantik tak?


Damia : cantik... tapi rantai ni bukan Mia punye. Ingatkan untuk Mia.. nah, ambik la balik! Bagi lah kat makcik tu.. mesti dia suka kan?


Haikal : hahaha... Kelakar lah Mia ni.. Haikal gurau pun tak boleh. Takkan lah Haikal nak bagi makcik tu.. hilang akal ke? Bukannye makcik tu girlfriend Haikal. (Haikal terus memakaikan rantai itu pada Damia. Cantik. Padan dengan orang yang memakainya.) Suke?


Damia : hehe.. suke... sangat.. Thanks!


Haikal : tahu tak apa makna rantai?


Damia : tak. Apa?


Haikal : ikatan cinta yang perlu perhatian.


Damia : maksudnye ape?


Haikal : maksudnya, bila Mia pakai rantai ni, maknanya Haikal sentiasa ada dekat dengan Mia. Sekarang ni, Mia, Haikal punya. Haikal dah cop awal-awal. So, tak ade sape boleh ambik Mia dari Haikal. Faham?


Damia : boleh percaya ke? Entah-entah Haikal nanti yg ada spare part lain.


Haikal : Mia jealous eh?


Damia : Mia pun perempuan jugak, Haikal. Mesti la ade perasaan macam tu..


Haikal : ok, kalau macam tu, Haikal akan cuba sedaya upaya takkan buat Cik Nurin Damia ni cemburu.


Damia : promise?


Haikal : promise! (Haikal mencubit pipi Damia yang putih itu.) geram nye... comel!


Damia : sakit arr...


Haikal : kesianya... sakit ye... tak payah pakai blusher lagi. dah merah pun. Hehe...

Thursday, June 3, 2010

LOVE 32- I'm Sorry....

Haikal : Assalamualaikum.

Damia : Waalaikumsalam. Haikal! Kenape telefon ni?

Haikal : Mia, kita keluar nak? Rindu lah... hahaha...

Damia : ok!

Haikal : amboi cepatnya..

Damia : hehe... jumpa nanti..

Bagi Haikal, pertemuan dengan Damia adalah buat kali terakhir sebelum dia meneruskan segala cita-cita ibu dan ayahnya. Bagi mereka Haikal adalah segala-galanya. Mereka mahu buat yang terbaik untuk satu-satunya anak mereka. Boleh dikatakan dalam satu hari, semua tempat mereka pergi. Sepanjang masa mereka bersama. Tiba dia suatu taman...

Haikal : Mia, tunggu sekejap kat sini eh?

Damia : nak pergi mane?

Haikal : kejap je...

Damia : ok...

Haikal terus bergegas ke kedai kek yang berdekatan. Dia mahu meraikan hari jadi Damia walaupun tarikh sebenar ada lebih kurang seminggu lagi. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan harijadi Damia bersama.

Damia : (terkejut melihat Haikal kembali dengan sebiji kek comel ditangannya.) Haikal? Apa ni?
Haikal : Happy Birthday!

Damia : tapi lambat lagi laa...

Haikal : apa salahnya... Haikal nak jadi orang pertama yang sambut birthday Damia.

Damia : sweet nye.. thanks Haikal. (Damia menggosok-gosok kepala Haikal)

Haikal : you’re welcome... nah... (Haikal mengeluarkan mp3 sebagai hadiah. Hadiah itu dibeli pada hari sebelumnya.)

Damia : mp3? Wow, thanks Haikal! Cutenya...

Haikal : dengarlah bila Mia sunyi... (Haikal terlupa yang dia telah merakam segala isi hatinya di dalam mp3 itu pada hari sebelumnya.)

Damia : lagu favourite kita... ‘This I Promise You’ (Damia terus menyanyikan lagu tersebut dengan lancar membuatkan Haikal tersentuh.)

Haikal : Mia, Haikal nak pergi toilet jap ye...(air matanya tidak dapat ditahan lagi. Hatinya sebak.)

Damia : ok. Jangan lama-lama tau?

Haikal melangkah dengan pantas. Dia tidak mahu Damia sedar dengan keadaannya. Dia terus bersembunyi di sebalik pokok. Keinginan ke tandas hanyalah alasan semata-mata. Melihat Damia yang tersenyum menghayati setiap bait lagu membuatkan hatinya bertambah pilu. Airmatanya terus menitis di pipi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Damia : lamanya Haikal ni...(Damia menghantar SMS pada Haikal) lamanya... cepat la sikit. Dah nak senja ni..

Haikal : sorry, Damia. Haikal terpaksa balik dulu sebab ada emergency case. Haikal dah tolong panggilkan teksi. Damia balik naik teksi ye.. take care.. I LOVE U.. Haikal minta maaf... (Haikal menipu lagi)

Damia : ok.(Damia terus berlalu pergi tanpa riak wajah yang kecewa tapi sebaliknya kerana hari itu hari yang paling bahagia buat dirinya. Setiap gerak-gerinya diperhatikan oleh Haikal dari jauh.)

Haikal : (‘take care of yourself. I’m gonna miss you very much!’ Air matanya terus-terusan mengalir. Entah kenapa jiwa lelakinya agak cepat tersentuh sejak beberapa hari ini.)

Monday, May 31, 2010

LOVE 31- IT'S TIME TO TELL YOU SOMETHING...

Entah kenapa tiba-tiba sahaja Haikal tergerak hati untuk berterus-terang dengan Damia. Dia tidak mahu Damia terus menunggunya tanpa khabar berita. Haikal mengambil keputusan untuk beritahu segalanya pada Damia walaupun menerusi telefon bimbitnya. Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Damia buat masa ini.

Haikal : hello, Assalamualaikum Damia.

Damia : Waalaikumsalam, Haikal.. awak kat mana sekarang ni?

Haikal : saya kat rumah. (suaranya bergetar. Tidak dapat menahan sebak setelah mendengarkan suara gadis yang amat dirinduinya.)

Damia : Haikal, are you ok? Kenapa suara macam tak sihat je?

Haikal : saya ok.. Mia sihat?

Damia : sihat.. Haikal, kenapa dah lama tak datang kolej? Telefon Mia pun tak..

Haikal : Mia, sebenarnya.. Haikal... macam mane nak cakap ek? (serba salah menyelubunginya. Air mata terus mengalir.)

Damia : Haikal... kenapa nangis ni? Ada yang tak kene ke?

Haikal : Nureen Damia... Haikal nak mintak maaf banyak-banyak lepas Haikal bagitau segala keputusan yang Haikal buat ni. Haikal, dah buat keputusan yang Haikal nak berhenti dari belajar.

Damia : berhenti? But why?

Haikal : syarikat ayah sekarang tengah dalam kritikal. So, Haikal kene bantu ayah. Haikal minta maaf, Damia.

Damia : lah... ingatkan kenapa tadi.. buat ape Haikal nak mintak maaf kat Mia.. itu tanggungjawab yang Haikal kene laksanakan. Pasal belajar tu, nanti bila semuanya dah ok, boleh sambung lagi kan?

Haikal : tapi kan kita kan dah janji nak graduate sama-sama..

Damia : tak payah la fikir pasal janji-janji tu.. kita kan boleh buat janji yang lain?

Haikal : Haikal mintak maaf, Mia. (air matanya tidak dapat dibendung lagi. Tapi Damia tidak dapat mendengar tangisannya. Dia menekup mulutnya dan menjauhkan dari telefon. Runtuh lah egonya sebagai lelaki. Haikal tidak sanggup beritahu Damia pasal perkahwinannya.)

Damia : kan Mia dah cakap, tak pe. Haikal, awak ni buat Mia risau je tau. Macam lah kita dah tak boleh jumpa lagi. Kita still boleh jumpa lagikan?

Haikal : ermm.. boleh..

Damia : Haikal, I’m trust you.. (tiba-tiba Damia dapat rasakan seperti dia tidak dapat lagi berjumpa dengan Haikal. Dia juga dapat rasakan yang Haikal jauh darinya. Air matanya turut menitis.)

Haikal : thanks, Damia..

LOVE 30- BAHAGIANYA... DAMIA

Setelah sebulan Haikal mengambil alih tempat ayahnya, selama sebulan jugak Damia tidak bertemu dengan Haikal. Jawab panggilannya juga langsung tidak. Mujur ada Hakimi yang sentiasa berada bersamanya dikala dia menghadapi masalah. Damia dapat rasakan dia tiada lagi hubungan dengan Haikal.

Lain pula Haikal, selepas pulang dari kerja, dia terus bergegas ke kolej untuk memerhatikan gerak-geri Damia dari jauh. Mahu saja dia mendekati gadis itu. Tapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang menghalang. Damia sekarang dah ada teman rapat. Setiap kali pulang, mesti dia bersama dengan Hakimi. Bagi Haikal, dia tidak perlu risau kerana Damia sudah ada yang menjaganya. Alangkah bahagianya bila dia yang berada di tempat lelaki itu.
Yang menyedihkan, Haikal telah disuruh mengahwini anak kepada shareholder syarikatnya. Fikirannya buntu. Takkan lah dia nak mengahwini wanita yang dia tidak suka. Mustahil dia akan mengahwini perempuan yang cukup asing baginya.

Haikal : ibu tak ada cara lain ke selain daripada perkahwinan ni?

Pn.
Halimah: Haikal, ibu pun tak tau nak buat ape lagi. Hanya ini lah cara yang sesuai.

Haikal : ibu, Haikal tak nak. Takkan lah Haikal nak kahwin dengan perempuan yang Haikal tak suka. Ibu, tolong lah halang. Jangan lah paksa Haikal.

Pn.
Halimah: Haikal... Haikal kene bantu keluarga kita. Ayah dah tak boleh tolong kita. Jadi Haikal kene jalankan tanggungjawab. Dah tiba masanya untuk Haikal balas budi ayah kat kita.

Haikal : ibu, pasal syarikat tu, Haikal boleh bantu. Tapi, kalau pasal perkahwinan tu, terus terang Haikal katakan yang Haikal betul-betul tak setuju.

LOVE 29- DiA uNtUk kAu...

Hakimi teringatkan Haikal sewaktu mereka berjumpa. Mereka berdua telah bersemuka.

Hakimi: haikal..

Haikal : kau nak ape?

Hakimi: aku nak cakap pasal Damia.

Haikal : kenapa dengan minah tu? tak ade apa lagi nak dibincangka. Bukan ke kau dah tengok sendiri apa yang aku dah buat kat Damia ari tu?

Hakimi: kau ni memang tak ade hati perut eh? Kau buang dia macam tu je? Takkan lah disebabkan Melissa, kau terus nak jauhkan diri dari dia?

Haikal : aku tak nak, disebabkan Lisa, Damia terluka.

Hakimi: kau ingat dengan cara yang kau buat tu, Damia tak terluka ke?

Haikal : aku tau, aku ni kejam. Aku selalu buat dia sakit hati. Tapi aku tau yang sakit hati dia tu tak lama. Sebab dia ada kau.

Hakimi: apa yang kau cakap ni?

Haikal : kau selalu ada dengan dia bile dia sedih. So aku rasa dia memang layak dengan kau. Aku tak rasa dia akan bahagia dengan aku. bila dia dengan aku, mesti ada saje benda tak kena.

Hakimi: kenapa kau cakap macam tu?

Haikal : Kimi, aku tau kau suka kat Damia. Jadi, aku dah buat keputusan yang kau patut bersama dengan Damia. Aku tak layak nak bahagiakan dia. Dia dah ada kawan yang sangat baik dan selalu ambil berat.

Hakimi: Haikal, ni bukan masanya untuk kau cakap semua ni. Memang la aku rapat dengan dia. Tapi dia sayang kan kau.

Haikal : aku tau. Tapi aku dah bersedia untuk lepaskan dia. Aku ada tanggungjawab yang besar perlu aku selesaikan.

Hakimi: besar sangat ke tanggungjawab kau tu sampai buat Damia macam tu?

Haikal : Kau tak faham Kimi. Ini bukan masalah kau.

Hakimi: buat la apa yang kau suka.

LOVE 28- JUST FRIEND?

Hakimi kelihatan gelisah di student square. Dalam fikirannya hanyalah damia. Beberapa hari ini damia sering murung dan menangis sendirian. Dia memikirkan cara bagaimana untuk mengembalikan senyuman damia yang sudah lama hilang. Dia menaip sesuatu pada handphonenya.“Mia, kimi nak jumpa dengan mia lepas kelas nanti. Jumpa kat tempat biasa. Kimi tunggu mia.” Dan ditekannya butang send. Semasa di tempat yang dijanjikan…

Damia : kimi! Lama tunggu? Sori la… kelas habis lambat tadi.

Hakimi: tak pe. Janji mia dah datang.

Damia : kenapa kimi suruh mia datang sini? Kimi ada masalah ke?

Hakimi : sebenarnya.. kimi ada benda nak cakap dengan mia. Kimi tau, kimi tak patut cakap hal ni skrg tp…

Damia : apa benda yang kimi nak ckp ni? Kimi buat mia risau la..

Hakimi : kimi sukakan mia…

Damia : (mengerutkan dahinya) apa? Apa yang kimi ckp ni?

Hakimi : kimi suka..

Damia : mia dengar apa yang kimi ckp tp… apa maksud kimi tu?

Hakimi : kimi sukakan mia bukan hanya setakat kawan. Lebih dari kawan, mia.

Damia : kimi.. kimi tau kan yang mia dengan haikal..

Hakimi : kimi tau. Dan apa yang kimi lebih tau kimi sukakan mia lebih awal dari haikal suka kat mia.. (ayat itu mengejutkan damia) tapi haikal lebih cepat luahkan perasaan dia kat mia.

Damia : kenapa kimi ckp benda ni skrg?

Hakimi : Kimi bodoh waktu tu. Disebabkan terlalu nak jaga persahabatan kita, kimi sanggup gadaikan cinta kimi dan lepaskan mia kat haikal. kimi tau, kimi tak patut ckp hal ni skrg tp kimi tak sanggup nak tgk mia menangis sbb haikal lagi. Mia tau tak betapa sakitnya hati kimi bila tgk mia menangis tp kimi tak dpt nak buat apa-apa utk legakan hati mia.

Damia : mia tak minta kimi buat semua tu..

Hakimi : mmg mia tak minta tp kimi rasa diri kimi tak berguna.

Damia : tak kimi.. kimi sentiasa ada dgn mia bila mia sedih dan kimi la org yg paling berguna waktu tu. Kimi mmg kawan baik mia.

Hakimi : tp.. bagi kimi, mia seorang yang istimewa dalam hati kimi. mia lebih dari seorang kawan.

Damia : kimi.. mia minta maaf. Mia tak dapat nak terima kimi. mia anggap kimi sbg kawan baik mia. Tak lebih dari itu. Baiklah. Lepas ni, mia akan belajar cara utk mengatasi masalah mia sendiri. mia takkan bebankan kimi dengan masalah mia lg. maybe itu je cara utk kimi lenyapkan perasaan tu. Mia akan cuba kawal perasaan mia sendiri dari luahkan masalah mia kat kimi. mia pergi dulu.

Hakimi : (mencapai tangan mia) kejap mia. kimi boleh terima kalau mia tak nak terima cinta kimi tapi kimi tak boleh terima klu mia cuba nak elakkan diri dari kimi. seolah-olah persahabatan kita dah putus.

Damia : mia bukannya nak elakkan diri dari kimi tp itu je caranya.

Hakimi : okay. Kimi minta maaf sbb luahkan perasaan kimi kat mia. Kimi akan tangani sendiri perasaan kimi selagi mia berjanji takkan putuskan persahabatan mia dengan kimi. dan mia takkan cuba elakkan diri dari kimi. janji?

Damia : emm…janji.

Thursday, May 27, 2010

THE WORDS...


Friendship
Grab a new Myspace Layout


Wednesday, May 26, 2010

VID 4 YOU!





Tuesday, May 18, 2010

LOVE 27- KEPUTUSAN MUKTAMAD!

Haikal : Asyraf..

Asyraf : ko ni pahal? Dah tak reti bagi salam ke?

Haikal : sorry.. assalamualaikum..

Asyraf : waalaikumsalam.. haa.. cam tu lah... apahal ni? Malam-malam telefon aku. Tak pernah-pernah ko telefon aku ni.. ni mesti pasal Damia kan?

Haikal : adalah jugak. Aku nak bagitahu kau yang aku.... dah berhenti kolej. Tak tahu la bila lagi aku dapat sambung balik.

Asyraf : wo... apahal ni? Tetiba kau nak berhenti? Ada masalah ke?

Haikal : syarikat ayah aku ada masalah. Ayah aku pulak sekarang ni kat hospital. So, esok jugak aku kene masuk ofis untuk gantikan tempat ayah aku sampai lah syarikat tu stabil balik. Aku terdesak sangat ni.

Asyraf : so, Damia tau pasal ni?

Haikal : belum lagi... aku nak kau jangan bagitahu Damia pasal ni. Pandai-pandai la aku cakap ngan dia nanti.

Asyraf : ok, Haikal. All the best. Aku sebagai kawan kau akan sentiasa sokong kau.

Haikal : thanks, Asy...


Keesokan harinya,


Asyraf : mintak-mintak aku tak jumpa Damia... kalau dia tanye aku nak jawab ape?

Damia : hai, Asy! Dah lame tak nampak kau..

Asyraf : hai! (alamak... minah ni.. ape aku nak jawab nanti bila dia tanya pasal Haikal?)

Damia : haikal mane ek? Aku dah lame tak nampak dia..

Asyraf : (aku dah kata dah... mesti dia tanya punya lah) ermm.. entah lah, Damia. Aku pun tak tau. Dia dah lama tak call aku.. (sorry aku terpaksa tipu kau) dia ade call kau?

Damia : tak ade pun. Bila aku call, tak jawab. Kenapa ek?

Asyraf : maybe dia ade hal kot. Kau tak payah la risau.. Ok la Damia.. aku ada kelas ni. Aku pergi dulu.

Damia : ok, bye. (apahal plak ngan mamat sorang ni? Macam nak mengelak dari aku je.)

LOVE 26- PROBLEMO !!!

Pn.

Halimah: Haikal, boleh ibu masuk?

Haikal : masuk lah ibu..

Pn.

Halimah: Haikal buat ape tu?

Haikal : assignment..

Pn.

Halimah: banyak lagi ke? Ibu ganggu Haikal eh? Tak pe la. Ni mungkin bukan masa yang sesuai untuk ibu bagitahu Haikal perkara ni.

Haikal : tak pe lah, ibu. Dah siap dah pun assignment ni. Nape ni, ibu? Cerita lah.

Pn.

Halimah: Haikal, Berjaya Holding sekarang menghadapi masalah sekarang ni. Ramai pekerja telah diberhentikan. Pelabur yang invest dalam syarikat ni, sesetengahnya dah tarik diri. Ayah tengah pening kepala sekarang ni. Ibu kesian tengok ayah. Pergi kerja awal pagi. Sampai tak sempat nak sarapan. Balik kerja pulak tengah malam. Tengah hari entah makan atau tak.

Haikal : Haikal pun kesian jugak tengok ayah tu. kalau Haikal boleh bantu, Haikal bantu, ibu.

Pn.

Halimah: betul ke ni?

Haikal : boleh ibu.

Pn.

Halimah: terima kasih, Haikal...

Haikal : sama-sama.


Pagi itu...

En.

Zainordin: morning, Haikal.

Haikal : morning, ayah. Ceria je pagi ni?

En.

Zainordin: mestilah.. ayah dengar ade someone sudi nak tolong ayah. Lega rasanya.

Haikal : sape ye? He he.. Haikal akan cuba tolong ayah.

En.

Zainordin: kalau macam tu, mulai hari ni jugak, Haikal tak payah lagi pergi kolej. Berhenti belajar.

Haikal : (hampir tersembur air yang diminum oleh Haikal apabila mendengar kata-kata ayahnya sebentar tadi.) ayah, jangan la main-main... takkan lah sampai macam tu sekali.

En.

Zainordin: pernah ke ayah main-main? Betul la. Haikal kata nak tolong ayah, so Haikal kene la mula menjinak-jinakkan diri pergi ke ofis. Lagi satu, ayah nak perkenalkan Haikal dengan seseorang. Mesti Haikal suka.

Haikal : chop! Ayah... abis tu macam mane dengan pelajaran Haikal? Haikal dah nak final exam.

En.

Zainordin: haikal, masa sekarang ni, mana sempat lagi untuk Haikal nak fikir lagi pasal pelajaran. Hmm.. suka hati Haikal la. Kalau Haikal nak bantu ayah, tolong lah berhenti belajar. (bangun dari tempat duduknya)

Haikal : (aduh.. macam mana ni? Damia...)


Ketika Haikal sedang memandu ke kolej, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.


Pn.

Halimah: Haikal...

Haikal : kenapa ni ibu? (cemas apabila mendengar ibunya menangis)

Pn.

Halimah: ayah..

Haikal : kenapa dengan ayah? Ibu cakap lah..

Pn.

Halimah: ayah kat hospital sekarang ni. Diserang sakit jantung pagi tadi..

Haikal : ha?! Ok, ibu. Haikal datang sekarang ye.. ibu tunggu tau..

Pn.

Halimah: baik lah.. hati-hati drive tu..


Di hospital...


En.

Zainordin: Haikal... (lemah suaranya)

Haikal : saya, ayah.. ayah dah ok?

En.

Zainordin: ayah ok.. pasal rancangan tu, ayah nak mintak maaf kat Haikal. Ayah terlampau mengharap haikal akan bantu ayah. Tapi nak buat macam mana. Benda akan bertambah menyusahkan Haikal lagi adalah.

Haikal : ayah, pasal perkara tu, ayah jangan risau. Haikal dah setuju. Haikal akan bantu ayah. Tak pe lah.. ayah berehat sampai ayah sembuh. Biar Haikal yang ganti tempat ayah, ye?

En.

Zainordin: betul ke ni? Gembiranya ayah! Senang hati bila dengar haikal cakap.

Haikal : betul ayah.. ayah dah tak payah fikir lagi pasal tu...(betul ke keputusan yang aku buat ni?)

En.

Zainordin: nanti ayah kenalkan Haikal dengan shareholder syarikat kita.

Haikal : baik, ayah..