BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

i hate you!!

Keadaan meja yang tadinya kemas tersusun sudah tunggang-langgang dikerjakannya. Tujuannya cuma satu iaitu ingin mencari kertas kerja yang telah separuh mati disediakannya sepanjang malam. Ke mana pula perginya? Tadi masih ada di atas meja? Tapi sekarang sudah hilang? Ada
kakikah kertas kerja ni?

Damia masih tidak berputus asa. Sekali lagi dia cuba mencari kertas kerja itu di meja. Manalah tahu kalau-kalau dia terlepas pandang. Namun semuanya sia-sia. Kertas kerjanya masih tidak kelihatan. Damia mengeluh berat. Seakan mahu menjerit dibuatnya. Kita sudah penat-penat bersengkang mata, dia hilang pula.

Damia : (mengomel sendiri ‘nasib baik lah kau kertas. Kalau orang, dah lama aku cekik kau.’ Sempat dia melihat jam di pergelangan tangannya) alamak, dah pukul 8.30! mati lah aku macam ni. Bapak singa tu mesti dah tunggu kat kafe. Alamak, macam mane ni. Paper work dah hilang. Hai... seronok lah bapak singa dapat kene kan aku hari ni. Mentang-mentang lah dia ketua dalam kumpulan ni, sedap aje nak kenekan aku. Kalau lah aku tau betapa teruknya join projek ni, tak de nye aku nak join. Buat sakit otak je.

Damia dah tau perangai sebenar Haikal. Ikut sedap mulut je nak kenekan orang. Langsung tak bertolak ansur dan jaga perasaan orang lain. Ini adalah kali pertama Damia menyertai projek yang diadakan di kolejnya. Damia tak tahu pula terpaksa sekumpulan dengan orang yang menjengkelkan.
Di kafe...

Haikal : ha, kenape lambat? Aku janji pukul 8.30 kan? Ni kenape sekarang baru nampak muka? Cuba kau tengok jam, dah pukul berapa sekarang? ( suaranya agak lantang)

Damia : (dengan selamba, Damia menjawab) pukul 9..

Haikal : (mengejek) pukul 9.. kau tau tak, dah berape lame aku tunggu kau kat sini? Dah setengah jam tau..

Damia : tau..

Haikal :( ishh.. budak ni.. kepala batu betul. Tak ade perasaan langsung.) ha, mane paper work? Bagi sini aku nak tengok.

Damia : dah hilang!

Haikal : ape? Hilang? Senangnya kau cakap.. macam mane boleh hilang? Kau buat ke tak sebenarnya? Entah-entah tak buat.

Damia : aku dah buat semalam. Tapi tadi dah tak ade. ( tidak memandang wajah haikal. Dia hanya menunduk ke bawah. Takut hendak bertentang mata dengan bapak singa itu.)

Haikal : kau dah cari betul-betul ke?

Damia : dah la. Tapi tak jumpe.

Haikal : (dia melepaskan tumbukan padu di meja kecil itu. Terkejut damia dibuatnya. Semapat dia menoleh ke meja sebelah. Kelihatan mereke di situ juga terkejut dengan tindakan haikal.) kau ni langsung tak boleh harap! Baru bagi kerja sikit pun tak boleh nak buat. Ni yang leceh kerja ngan perempuan. Semuanya lembab! Habis ape yang aku nak jawab dengan Madam Zakiah esok? Dia nak tengok paperwork tu esok. Tau tak? Jawab lah kenape diam? ( damia hanya mendiamkan diri.) saya tak kira. Esok, sebelum pukul 10, aku nak paperwork tu ade kat tangan aku. Tak kira la kau nak cari ke, nak buat balik ke, I don’t care! As long as I have it. Undersand! ( haikal pergi tanpa menoleh ke arah Damia)

Damia : (eleh, nak speaking ngan aku plak mamat ni. Dia ingat aku tak paham ke? Kau satu ape pun tak buat. Nak marah plak. Baling kasut karang! Sengal!)

Keesokannya, tepat pada pukul 10 pagi Haikal sudah terpacak di kafe. Dia mahu lihat samada gadis itu berjaya atau tidak menyiapkan paperwork tersebut. Dia yakin Damia tidak dapat menyiapkannya. ‘ade peluanglah aku nak kenekan dia lagi.’ Haikal tersenyum apabila mengingatkan paperwork yang telah dicurinya di library semalam. Kesian Damia tidak sedar yang dia sedang dipermainkan.

Asyraf : sampai bile la kau nak kenekan si Damia tu ha? Kau tak penat ke?

Haikal : kenape? Kau kesiankan dia ke?

Asyraf : yelah.. dah macam-macam kau buat kat dia. Tak cukup lagi ke. Kalau kau kau suka dia,
terus terang lah. Tak payah nak buat kerja ni. Nanti lame-lame kau yang sakit. Bile dah sakit, termenung sana, termenung sini. Hish.. aku yang penat tengok kau.

Haikal : kau jangan nak membebel laa.. menanah telinga aku dengar kau membebel. Macam perempuan. Adoyai! Aku just nak rapat dengan dia balik cam dulu.

Asyraf : so? Tak de cara lain ke selain kau nak sakitkan hati dia?

Haikal : kau tak paham. Aku tak boleh nak tunjukkan kelemahan aku kat dia.

Asyraf : tu je yang kau tau. Ego betul! Sampai nak ambik hati pun kene ego cam tu skali. Suke hati kau lah. Aku dah buat yang termampu sebagai kawan. Nanti dah susah jangan nak merengek kat aku. Sendiri mau ingat ye..

Lamunan Haikal terhenti apabila dari jauh dia ternampak Damia berlari-lari anak mendapatkannya. Dia melihat jam tangannya. Pukul 10.05 pagi. ‘ Cepat pula minah ni. Nak marah pun tak jadi. Dia Cuma lambat 5 minit saje. Tak masuk akal langsung kalau aku marah dia.’ Tercungap-cungap gadis itu sebaik sampai dihadapan Haikal. Wajahnya pula merah. Maklumlah gadis itu berkulit putih. Kene panas sikit, mula la merah padam satu muka.

Haikal : ha? Mane paperwork? Jangan kate hilang lagi.( damia sempat menghadiahkan jelingan sebelum menyelongkar begnya. Paperwork yang diinginkan sudah ade ditangannya. Dia sedikit terkejut. Ape yang diharapnya tidak menjadi.)

Damia : kenape? Kau ingat aku tak boleh siapkan ke? Salinannya dalam pendrive. Printout aje lah. Kau ingat aku bodoh sangat ke? (dari reaksi Haikal, dia tau yang lelaki itu tak puas hati dengannya. Dasar busuk hati!)

Haikal : (agak terasa dengan kata-kata Damia) hmm.. baguslah. Boleh la aku tunjukkan kat madam esok. (kali ni suaranya agak lembut). Dia pun dah lama nak tengok sebab kita perlukan kelulusan darinya secepat mungkin.

Damia : aku tau kau dah banyak kali bagitahu aku.

Haikal : ( haikal berasa malu. Kenape lah hari ni dia terasa dipermainkan. Selalunya dia lah yang jadi juara dalam bab nak kene kan orang.) kalau macam tu, aku pergi dulu.

Haikal cepat-cepat ambil fail dan buku-bukunya yang ada atas meja. Entah salah pegang atau sudah suratan fail dan buku-bukunya terjatuh ke lantai. Haikal cepat-cepat tunduk mengutip barang-barang nya. Pada mulanya Damia hanya memandang. Namun bila mengingatkan alangkah tidak sopannya jika tidak membantu haikal. Akhirnya Damia kesian dengan haikal dan terus mengutip buku-buku dan fail haikal. Tiba-tiba tangannya yang lincah, terhenti seketika. Matanya terus terpandang ke arah satu fail yang pernah dilihatnya. Damia pantas mengambil lalu membelek fail tersebut. ‘ Bukan ke ni kertas kerja aku?’ serta merta hatinya membara. Ternyata Haikal lah orang yang bertanggungjawab terhadap kehilangan kertas kerjanya.

Damia : ape ni?

Haikal : ( abis lah aku. ) paperwork lah.. ( dengan selambanya dia menjawab. Senyum yang sengaja dibuat-buat membangkitkan kemarahan Damia. Terus dia mencampakkan kertas kerja itu ke muka Haikal. )

Damia : aku tak sangka Aris Haikal seorang yang busuk hati! Opss... bukan.. terlampau busuk hati! Ape yang kau nak sebenarnya dari aku? Besar sangat ke salah aku pada kau sampai kau nak hukum aku cam ni?

Haikal : nanti dulu, Mia. Aku boleh jelaskan.

Damia : tak payah! Aku dah paham semuanya. Mulai hari ni, aku dah tak ade kene mengena dengan projek ni. Pandai-pandai lah kau cari orang lain. ( Damia bingkas meninggalkan Haikal yang kebingungan.

Haikal : (‘ hai.. kenape la aku boleh terbawak paperwork tu kat sini? Padan muka aku!’)

Damia : (namun hanya beberapa langkah, Damia patah balik.) hei, kau ingat aku suke ke kau buat cam ni kat aku? Tolong sikit eh.. kau ingat kau besar sangat kat kolej ni? Kau ingat senang-senang kau nak pijak kepala aku? Sorry sket. Ingat ni, haikal... aku benci kau! And aku akan anggap yang aku tak pernah kenal dengan Aris Haikal!

Monday, January 25, 2010

cuti-cuti Malaysia!

Tanggal 25/12/09... kitorang 1 family pi cuti-cuti malaysia. tapi kitorg pi bahagian utara je.. haha syiok! first negeri yg kitorg pi perlis, kedah then penang and last turun balik ke cameron highland.

PERLIS


sawah padi..


pemandangan sebelum matahari terbenam




pandang sini laa...


sunset..


membeli belah di wang kelian.


aik?! sape kt belakang tu? K.CIK!!!


dalam gua... hahahuhuhihi... ada berani?





lepas keluar dari gua...



PENANG






pesta penang


pak cik ni guna gigi diyer... wow! dasat laa... kuat betul gigi diye..


pemandangan dari ferry..

CAMERON HIGHLAND


pantang nampak camera...





7 10, 7 10... (7 pasu, 10 hengget... )


kt kedai cendera hati











wat pe tu? yak eh?






posing baik punyer..


alamak! bunga lagi besar dari kepala la.. besar punyee...

sume tengah cover, nampak..


cang!! hahaha... klakarnye.. AYAHH... CAM WAT TAI CHII.. PLAK

wah! happy nye ayah!! hahaha...






aik?! mana badan gua?


angah, tak moh wat cam gitu!!! burok laa...




UNTUK ACIK...

ske tak?
































ooppsss... silap






ahhaa!!! baru betoi...




puas hati tak acik? penat tau cari gmbr2 ni...