BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 16, 2010

LOVE 25- I'M SORRY, I LOVE U

Di kolej...
Damia tersenyum melihat Haikal yang baru sampai. Asyraf yang berjalan seiring dengan Haikal galak memerhati tingkah mereka berdua. ‘Apa kena dengan dorang berdua ni?’

Damia : Lisa dah ok? (Jujur Damia bertanya. Memang hatinya remuk pada awalnya kerana rasa cemburu. Tapi, Damia sendiri berjanji pada dirinya untuk menerima Haikal seadanya. Satu lumrah untuk dirinya memaafkan Haikal atas dasar kemanusiaan.

Haikal : kenapa nak tau? (Haikal menjawab dingin. Pandangannya langsung tidak ke arah Damia. Haikal tahu yang dia telah bersalah pada Damia.)
Mata Damia terkebil-kebil melihat sikap Haikal.

Damia : tak ade lah.. nak tau jugak keadaan dia..

Haikal : Kau ni kenapa tanya aku banyak-banyak soalan? (Haikal memandang tepat ke mata
Damia. Melihat air mata jernih yang mula bergenang di mata Damia meyebabkan Haikal berpaling ke arah lain.) Kau ni betul-betul perasan pasal hari tu ye? (Haikal tersenyum seolah-olah menyindir.)

Damia : Apa maksud Haikal? (Ada nada sebak di dalam pertanyaan Damia.)

Haikal : Maksudnya, kau perasan lah. Kau ingat aku suka sangat kat kau? Hadap sangat? Setakat minah kasar macam kau, tolonglah jangan perasan!
Kata-kata Haikal benar-benar menghiris hati Damia. Damia menarik tangan Haikal supaya berhadapan dengannya.

Damia : Haikal tengok mata Damia dan cakap yang Haikal memang tak suka Damia. (Suara Damia terketar-ketar cuba menahan air matanya dari jatuh.)

Haikal : Tengok mata buat apa? Bukannya kita bercinta pun! (Haikal menepis tangan Damia dan terus melangkah keluar semula dari kolejnya tetapi dihalang oleh Damia.)

Damia : Apa yang Mia buat sampai Haikal buat Mia macam ni? (Air matanya sudah berderaian membasahi kedua pipinya.) Haikal, jangan buat Mia macam ni.. Haikal!

Haikal : Kau tepilah! (Haikal menolak Damia jatuh ke tepi sambil diperhatikan oleh Asyraf.)

Asyraf : Haikal! (Asyraf menjerit melihat perbuatan Haikal terhadap Damia. Haikal tidak mempedulikan sahabatnya dan Damia.)

Damia : Asyraf... (Damia menangis tersedu-sedu disebelah Asyraf. Tersirap darah Asyraf dengan kelakuan sahabatnya.)
(Dirasuk setan ke apa kawan aku ni? Kawan?! Siapa ada kawan macam dia tu? Tu bukan kawan aku..)

Kereta Hyundai Getz yang dipandu laju itu diberhentikan di tepi jalan.
Haikal keluar dari kereta sambil menyepak-nyepak tayar keretanya.

Haikal : Arggggggggghhhhhhhhh! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!

Selepas menjerit-jerit seperti orang hilang akal. Haikal terduduk lemah sambil menangis. (Mia mesti lupakan Haikal..mesti…lupakan Haikal..)
Bagi Haikal dirinya tidak layak untuk Damia. Dia tidak layak menjadi penjaga Damia jika sering melukai hati Damia. Damia tidak layak untuk dilukai. Baginya Damia akan terus dilukai jika bersama dengan orang sepertinya. Perkara-perkara itu terus berpusing-pusing di dalam kepalanya.

Haikal : Mia…Mia…Mia.. (Haikal terduduk lemah di tepi keretanya.)

Nama itu terus diucapnya bersama remuk rendamnya jiwa seorang lelaki yang tewas di atas dirinya dan rasa cinta yang dirasakan tidak layak untuk dirinya nikmati.
Hujan pula bagai memahami apabila turut turun rintik-rintik membasahi bumi sepertimana air mata yang membasahi pipi Damia dan Haikal.

0 comments: