BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 16, 2010

LOVE 20- OH NOOOO!!!!

Hakimi: Damia, saya ada kelas sekarang ni. Saya pergi dulu.( hakimi beredar meninggalkan mereka berdua dengan tegesa-gesa. Dia tidak mahu damia dan haikal dapat mengesan riak wajahnya yang agak cemburu dan kecewa ketika itu.)

Haikal : (menepuk bahu damia yang masih mengelamun dengan perlahan) damia..

Damia : huh?! (tersentak dengan teguran haikal) kenapa?

Haikal : damia, disebabkan kau dah maafkan aku, aku ingat nak belanja kau lunch. Dah lama kita tak lunch, kan?

Damia : lunch? Ok lah. (damia masih berada di dunianya sendiri. Dia tidak tahu sama ada perkataan yang terkeluar dari mulutnya adalah daripada hati atau sekadar di bibir saja. Dia hanya mengiakan sahaja kata-kata haikal.)

Sementara itu..

Hakimi: betul ke tak ada apa-apa yang berlaku? Damia... haikal... Macam mana boleh terkurung dalam lif pulak? Aduh... (Hakimi tidak senang hati setelah melihat Damia dan Haikal keluar dari lift setelah beberapa minit terkurung.)

Semasa di kafe, damia hanya mendiamkan diri. Haikal pula tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan mereka. Masing-masing sedang menikmati makanan di atas meja tanpa sebarang suara. Tiba-tiba...

Melissa : amboi! korang berdua ni tak habis lagi ke buat drama murahan macam ni? Sudah- sudah la tu.. aku takkan termakan lagi dengan drama kau yang tak boleh menang apa-apa award tu, damia. (makin panas telinga damia mendengar kata-kata melissa) kau tak serik lagi ke, damia? Kau tahu tak? Bila kau asyik berkepit dengan haikal je, orang lain bukannya fikir yang engkau ni awek dia tp orang fikir kau ni...

Haikal : (memotong kata-kata mmelissa) stop it, lisa. Kenapa you tak habis-habis nak kenakan mia? Mia tak salah apa-apa. I yang ajak dia lunch berdua. Bukan dia yang datang cari I.

Melissa : wah! Ada orang bela nampaknya? Kenapa? You dah mula suka kat dia ke sampai you nak bela-bela dia macam tu? dan lebihkan dia daripada I?

Haikal : memang! Memang pun I dah mula suka kat dia. Memang I dah cintakan dia. Kenapa? Salah ke? (suara haikal semakin tinggi sehinggakan semua orang memberi perhatian terhadap pengakuan haikal. Mereka semua tersentak termasuklah damia) kenapa diam? Untuk pengetahuan you, cik melissa, nama you dah lama padam dalam hati I. Tak de sebarang kesan sikit pun yang you tinggalkan dalam hati I ni. Mungkin jugak yang nama you tak pernah ada dalam hati I ni. I cuma terpaksa je terima you.

Melissa : then, you nak cakap yang hati you sekarang dah ada nama dia ke?(jari telunjuknya tepat ditujukan ke arah damia)

Haikal : nampaknnya you sendiri yang dah dapat jawapan tu, so tak perlu la I nak jawab, kan? (lantas menarik tangan damia dan beredar dari situ. Haikal masih lagi tidak mendapat apa-apa reaksi dari damia. Dia melepaskan tangan damia dan memandang ke arah muka damia yang masih dalam kekeliruan.) damia, aku tak tahu apa yang kau fikir sekarang ni tapi semua yang aku cakap tadi tu memang datang dari hati aku. aku memang ikhlas. Aku memang nak cakap dengan kau tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan. (masih tidak dapat apa-apa reaksi dari damia.) damia, say something? Jangan la buat aku macam ni..

Damia : (tergelak dengan tiba-tiba) kau ni...haikal... hahaha... asal kau jiwang sangat hari ni? Aku dah tak larat nak tahan gelak.

Haikal : jangan la macam ni, mia. Kau jangan la buat aku malu. Aku tak pernah cakap macam ni. First time aku luahkan perasaan aku depan orang ramai.

Damia : tak, masalahnya betul ke apa yang aku dengar ni? Tipu lah.. cuba kau ulang balik balik ayat tu. takut aku tersilap dengar.

Haikal : haa? Tak nak lah.. tak ade siaran ulangan.

Damia : alaa.. boleh la.. sekali ni je.. (meletakkan tangannya di atas bahu haikal. Cute betul..)
Haikal : malu lah..

Damia : buat apa kau nak malu. Kitakan kawan. Relax la..

Haikal : kawan?!

Damia : ye.. kawan!

Haikal : kawan je? Kau biar betul, damia. Separuh mati aku luahkan tadi. Kau cakap kawan je. Benci lah. (haikal merajuk. Dia berlalu dari situ. Diikuti oleh damia..)

Damia : betul la kawan. Ada ke tadi kau cakap kat aku yang kau nak couple or anything else. Tak ada kan? Sorry!

Haikal : tapi tadi... tak nak kawan! Merajuk lah cam ni! (haikal berjalan pantas sambil menghentak-hentak kaki.)

Damia : tak nak kawan, sudah! Merajuk lah.. aku tak reti nak pujuk...

Haikal : damia..

Damia : tadi kata tak nak kawan..

Haikal : ok, aku tarik balik..

Damia : oo.. dah manyesal la ni?

Haikal : yup! Tak nak buat lagi..

Damia : bagus.. he he..

Damia mengimbau kembali perkara yang tidak disangka-sangka berlaku pada dirinya. Dia masih tertanya-tanya kebenaran kata-kata Haikal. Kadang-kadang Damia ketawa, kadang-kadang merungut sendirian. Seperti orang gila jadinya. Damia betul-betul sudah jatuh cinta. ‘Senangnya aku suka kat dia. Gila betul!’. Tiba-tiba bayangan Hakimi muncul. Damia pelik dengan wajah Hakimi ketika bertembung dihadapan pintu lif.‘ Kenapa dengan Kimi? Kenapa muka dia macam tak bermaya je? Dia tak sihat ke?’ Macam-macam dalam fikirannya. Tanpa menunggu lama, Damia terus mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor telefon Hakimi. Malangnya tidak dijawab. Damia terus mendail beberapa kali. Masih tiada jawapan.

Esoknya...

Damia : Kimi! (Damia ternampak kelibat Hakimi.) kimi.. tunggu la. Kimi! (‘kenapa dengan mamat ni? Aku panggil, buat tak tahu je. Call banyak kali, tak jawab. Pelik betul.’ Damia merungut.)

Hakimi : Mia.. kenape?(Hakimi rasa seperti mahu melarikan diri dari Damia.)

Damia : nape mia call, Kimi tak jawab?

Hakimi : bila?

Damia : malam tadi..

Hakimi : oo.. kimi tidur. Kenapa mia call kimi?

Damia : saja je.. kenapa dengan Kimi ni? Macam dah tak nak jumpa Mia je.. Mia ada buat salah kat Kimi ke?

Hakimi : eh, tak la. Mana ada. Sorry, Kimi busy sikit sekarang ni. Kimi kena pergi sekarang. Ada hal. Ok bye! (Hakimi beredar dengan tergesa-gesa.)

Damia : oh, ok.. (kenapa dengan dia?)

0 comments: