BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 16, 2010

LOVE 22- SoRRy, i'M nOt FoR yOu...

Tangisan Mellisa semakin reda. Dia memandang tepat ke wajah Haikal.

Mellisa : Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi Lisa semasa Lisa memerlukan seseorang.

Haikal : Tak ada hal lah.

Mellisa : Kenapalah Lisa tak perasankan Haikal dulu? (Mellisa merenung tepat ke mata Haikal. Haikal mengeluh kecil dan mengalihkan pandangannya. Dia cuba untuk tersenyum dan memandang Mellisa.

Haikal : Lisa..hari ni mungkin hari terakhir Haikal melawat Lisa..
Mellisa mengerut dahinya.

Haikal : Lisa.. I ada seseorang yang I perlu jaga hati dan perasaan dia. Seseorang yang amat penting dalam hidup I .. seseorang..

Mellisa : Maksud you? ( Mellisa memandang tepat ke arah Haikal.)

Haikal : I tak boleh lukakan hati dia. I dah janji takkan melukakan hati dia.

Mellisa : Dan tanpa Zafril... tanpa you... Lisa akan keseorangan.. (Mellisa berkata-kata dengan lemah. Matanya merenung ke dinding. Wajahnya kelihatan kosong.)

Haikal tidak menjawab. Mulutnya terkunci dengan lidah yang kelu.Perlahan-lahan Haikal melepaskan pegangan tangan Mellisa. Haikal bangun melangkah perlahan-lahan keluar ke muka pintu.

Langkah Haikal terhenti apabila terdengar bunyi kaca terhempas. Dia memaling ke belakang dan tergamam melihat serpihan kaca gelas berterabur dan Mellisa yang tidak bermaya dengan pergelangan tangan yang berdarah.

Haikal : Doktor!Doktor! (Haikal menjerit sambil mendapatkan Mellisa yang sudah lembik. Seorang doktor dan jururawat segera masuk ke bilik itu.)

Di luar pintu bilik itu seorang gadis melihat kejadian itu dengan seribu remuk rendam di dada. Perlahan-lahan air mata menitis di pipi Damia.
Haikal sekilas terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang. Kehadiran seseorang yang dirasakannya terlalu dekat.

0 comments: