BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 16, 2010

LOVE 21- MELLISA?!!

Hari ini adalah hari pertama Damia dan Haikal akan keluar ‘dating’ setelah 2 minggu mereka berdua berbaik semula. Haikal bercadang untuk menonton wayang bersama-sama. Awal-awal pagi lagi Damia sudah bersiap. Haikal pula sudah menunggunya di luar rumah. Mereka pun berlalu pergi ke tempat yang dijanjikan.

Haikal : Mia tunggu sini, biar Haikal beli tiket ye..

Damia : ok!

Tiba-tiba Damia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku pada raut wajah Haikal selepas haikal mendapat panggilan dari seseorang. Damia pelik melihat ke arah Haikal yang dari tadi kelihatan seperti ada yang tak kena pada wajah lelaki itu. Damia terus memerhatikan gerak-geri Haikal dan lelaki itu terus menghampirinya.

Haikal : Mia, Haikal rasa kita terpaksa batalkan rancangan kita.

Damia : kenapa? Haikal ada hal ke?

Haikal : Lisa... masuk wad.

Damia : ish.. biar betul..

Haikal : Haikal ingat nak pergi melawat dia kat hospital la..

Damia : boleh tak Mia ikut sekali?

Haikal : Mia tak kisah ke?

Damia : Mia tak kisah la..

Haikal : ok, jom..
Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Sebelum dia membuka pintu, dia sempat memandang ke arah damia. Damia membalas pandangannya.

Damia : Haikal, awak masuk sorang je la. Mia tunggu kat luar.

Haikal : tak nak masuk sekali ke?

Damia : tak pe la. Awak masuk je la.

Haikal : emm... Mia tunggu sini. Haikal masuk sekejap je, tengok keadaan dia. Mia jangan pergi
mana-mana tau.

Damia : OK.
Pintu bilik dikuak. Haikal cuba mengukir senyuman yang paling ikhlas. Namun wajahnya berubah hampa apabila melihat Mellisa menangis.

Haikal : Lisa... (Haikal duduk di sebelah Mellisa. Ada riak kerisauan di wajahnya.)

Mellisa : Haikal... (Haikal tersentak apabila Melissa memeluknya sambil menangis teresak-esak. Perlahan-lahan Haikal melepaskan pelukan itu.Dia cuba menenangkan Mellisa.)

Haikal : Apa yang terjadi?

Mellisa : Zafril...

Haikal : Zafril? (Zafril. Teman lelaki Mellisa yang baru.)

Mellisa : Dia nak tinggalkan Lisa.

Lisa membaling bantal dan menarik-narik cadar seperti orang yang hilang arah. Haikal memegang tangannya untuk menenangkannya. Mellisa menyembamkan wajahnya ke bahu Haikal dan menangis teresak-esak.
Fikiran Haikal melayang-layang dalam tangisan Mellisa. Sedaya upaya dia cuba untuk fokus tujuan asalnya ke situ.
Nafasnya ditarik dalam-sedalamnya.

0 comments: