BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

LOVE 31- IT'S TIME TO TELL YOU SOMETHING...

Entah kenapa tiba-tiba sahaja Haikal tergerak hati untuk berterus-terang dengan Damia. Dia tidak mahu Damia terus menunggunya tanpa khabar berita. Haikal mengambil keputusan untuk beritahu segalanya pada Damia walaupun menerusi telefon bimbitnya. Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Damia buat masa ini.

Haikal : hello, Assalamualaikum Damia.

Damia : Waalaikumsalam, Haikal.. awak kat mana sekarang ni?

Haikal : saya kat rumah. (suaranya bergetar. Tidak dapat menahan sebak setelah mendengarkan suara gadis yang amat dirinduinya.)

Damia : Haikal, are you ok? Kenapa suara macam tak sihat je?

Haikal : saya ok.. Mia sihat?

Damia : sihat.. Haikal, kenapa dah lama tak datang kolej? Telefon Mia pun tak..

Haikal : Mia, sebenarnya.. Haikal... macam mane nak cakap ek? (serba salah menyelubunginya. Air mata terus mengalir.)

Damia : Haikal... kenapa nangis ni? Ada yang tak kene ke?

Haikal : Nureen Damia... Haikal nak mintak maaf banyak-banyak lepas Haikal bagitau segala keputusan yang Haikal buat ni. Haikal, dah buat keputusan yang Haikal nak berhenti dari belajar.

Damia : berhenti? But why?

Haikal : syarikat ayah sekarang tengah dalam kritikal. So, Haikal kene bantu ayah. Haikal minta maaf, Damia.

Damia : lah... ingatkan kenapa tadi.. buat ape Haikal nak mintak maaf kat Mia.. itu tanggungjawab yang Haikal kene laksanakan. Pasal belajar tu, nanti bila semuanya dah ok, boleh sambung lagi kan?

Haikal : tapi kan kita kan dah janji nak graduate sama-sama..

Damia : tak payah la fikir pasal janji-janji tu.. kita kan boleh buat janji yang lain?

Haikal : Haikal mintak maaf, Mia. (air matanya tidak dapat dibendung lagi. Tapi Damia tidak dapat mendengar tangisannya. Dia menekup mulutnya dan menjauhkan dari telefon. Runtuh lah egonya sebagai lelaki. Haikal tidak sanggup beritahu Damia pasal perkahwinannya.)

Damia : kan Mia dah cakap, tak pe. Haikal, awak ni buat Mia risau je tau. Macam lah kita dah tak boleh jumpa lagi. Kita still boleh jumpa lagikan?

Haikal : ermm.. boleh..

Damia : Haikal, I’m trust you.. (tiba-tiba Damia dapat rasakan seperti dia tidak dapat lagi berjumpa dengan Haikal. Dia juga dapat rasakan yang Haikal jauh darinya. Air matanya turut menitis.)

Haikal : thanks, Damia..

0 comments: