BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

LOVE 28- JUST FRIEND?

Hakimi kelihatan gelisah di student square. Dalam fikirannya hanyalah damia. Beberapa hari ini damia sering murung dan menangis sendirian. Dia memikirkan cara bagaimana untuk mengembalikan senyuman damia yang sudah lama hilang. Dia menaip sesuatu pada handphonenya.“Mia, kimi nak jumpa dengan mia lepas kelas nanti. Jumpa kat tempat biasa. Kimi tunggu mia.” Dan ditekannya butang send. Semasa di tempat yang dijanjikan…

Damia : kimi! Lama tunggu? Sori la… kelas habis lambat tadi.

Hakimi: tak pe. Janji mia dah datang.

Damia : kenapa kimi suruh mia datang sini? Kimi ada masalah ke?

Hakimi : sebenarnya.. kimi ada benda nak cakap dengan mia. Kimi tau, kimi tak patut cakap hal ni skrg tp…

Damia : apa benda yang kimi nak ckp ni? Kimi buat mia risau la..

Hakimi : kimi sukakan mia…

Damia : (mengerutkan dahinya) apa? Apa yang kimi ckp ni?

Hakimi : kimi suka..

Damia : mia dengar apa yang kimi ckp tp… apa maksud kimi tu?

Hakimi : kimi sukakan mia bukan hanya setakat kawan. Lebih dari kawan, mia.

Damia : kimi.. kimi tau kan yang mia dengan haikal..

Hakimi : kimi tau. Dan apa yang kimi lebih tau kimi sukakan mia lebih awal dari haikal suka kat mia.. (ayat itu mengejutkan damia) tapi haikal lebih cepat luahkan perasaan dia kat mia.

Damia : kenapa kimi ckp benda ni skrg?

Hakimi : Kimi bodoh waktu tu. Disebabkan terlalu nak jaga persahabatan kita, kimi sanggup gadaikan cinta kimi dan lepaskan mia kat haikal. kimi tau, kimi tak patut ckp hal ni skrg tp kimi tak sanggup nak tgk mia menangis sbb haikal lagi. Mia tau tak betapa sakitnya hati kimi bila tgk mia menangis tp kimi tak dpt nak buat apa-apa utk legakan hati mia.

Damia : mia tak minta kimi buat semua tu..

Hakimi : mmg mia tak minta tp kimi rasa diri kimi tak berguna.

Damia : tak kimi.. kimi sentiasa ada dgn mia bila mia sedih dan kimi la org yg paling berguna waktu tu. Kimi mmg kawan baik mia.

Hakimi : tp.. bagi kimi, mia seorang yang istimewa dalam hati kimi. mia lebih dari seorang kawan.

Damia : kimi.. mia minta maaf. Mia tak dapat nak terima kimi. mia anggap kimi sbg kawan baik mia. Tak lebih dari itu. Baiklah. Lepas ni, mia akan belajar cara utk mengatasi masalah mia sendiri. mia takkan bebankan kimi dengan masalah mia lg. maybe itu je cara utk kimi lenyapkan perasaan tu. Mia akan cuba kawal perasaan mia sendiri dari luahkan masalah mia kat kimi. mia pergi dulu.

Hakimi : (mencapai tangan mia) kejap mia. kimi boleh terima kalau mia tak nak terima cinta kimi tapi kimi tak boleh terima klu mia cuba nak elakkan diri dari kimi. seolah-olah persahabatan kita dah putus.

Damia : mia bukannya nak elakkan diri dari kimi tp itu je caranya.

Hakimi : okay. Kimi minta maaf sbb luahkan perasaan kimi kat mia. Kimi akan tangani sendiri perasaan kimi selagi mia berjanji takkan putuskan persahabatan mia dengan kimi. dan mia takkan cuba elakkan diri dari kimi. janji?

Damia : emm…janji.

0 comments: