BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

LOVE 30- BAHAGIANYA... DAMIA

Setelah sebulan Haikal mengambil alih tempat ayahnya, selama sebulan jugak Damia tidak bertemu dengan Haikal. Jawab panggilannya juga langsung tidak. Mujur ada Hakimi yang sentiasa berada bersamanya dikala dia menghadapi masalah. Damia dapat rasakan dia tiada lagi hubungan dengan Haikal.

Lain pula Haikal, selepas pulang dari kerja, dia terus bergegas ke kolej untuk memerhatikan gerak-geri Damia dari jauh. Mahu saja dia mendekati gadis itu. Tapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang menghalang. Damia sekarang dah ada teman rapat. Setiap kali pulang, mesti dia bersama dengan Hakimi. Bagi Haikal, dia tidak perlu risau kerana Damia sudah ada yang menjaganya. Alangkah bahagianya bila dia yang berada di tempat lelaki itu.
Yang menyedihkan, Haikal telah disuruh mengahwini anak kepada shareholder syarikatnya. Fikirannya buntu. Takkan lah dia nak mengahwini wanita yang dia tidak suka. Mustahil dia akan mengahwini perempuan yang cukup asing baginya.

Haikal : ibu tak ada cara lain ke selain daripada perkahwinan ni?

Pn.
Halimah: Haikal, ibu pun tak tau nak buat ape lagi. Hanya ini lah cara yang sesuai.

Haikal : ibu, Haikal tak nak. Takkan lah Haikal nak kahwin dengan perempuan yang Haikal tak suka. Ibu, tolong lah halang. Jangan lah paksa Haikal.

Pn.
Halimah: Haikal... Haikal kene bantu keluarga kita. Ayah dah tak boleh tolong kita. Jadi Haikal kene jalankan tanggungjawab. Dah tiba masanya untuk Haikal balas budi ayah kat kita.

Haikal : ibu, pasal syarikat tu, Haikal boleh bantu. Tapi, kalau pasal perkahwinan tu, terus terang Haikal katakan yang Haikal betul-betul tak setuju.

0 comments: