BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

AZAM BARU!

Hari ini adalah hari pendaftaran bagi kemasukan pelajar kolej yang naik ke Semester 5. Awal-awal pagi lagi Damia telah bersiap untuk ke kolej. Dengan memakai baju kurung sudah cukup bagi seorang pelajar kolej. Rambutnya pendek paras bahu disikat rapi. Walaupun agak ‘simple’ tapi manis bila dilihat. Sampai saja di kolej..

Nita : weh, Damia! Jalan tak pandang kiri kanan langsung. Sampai aku pun tak perasan.
Damia : eh.. Nita! Sorry aku tak perasan kau tadi. Biasalah.. Azam baru. Mesti tepati masa.
Nita : blah la..
Damia : jom la. Nanti lambat daftar, lambat plak kita balik.

Sewaktu Damia dengan Nita sedang jalan ke tempat pendaftaran, tiba-tiba Damia terasa ada seseorang telah melanggarnya dari belakang.

Damia : eh, ape ni? Nasib baik aku tak tersungkur tadi. Menggelabah betul la mamat tu. Kalau tak, nahas laki tu..

Nita : sabar Damia.. Hensem gak mamat tu ek?

Damia : ah, engkau.. Semua laki, kau cakap hensem. Aku ni, kawan kau.. hampir-hampir nak terjatuh pun kau tak hiraukan. Sedihnya.. Mamat tu pun satu. Bukan nak mintak maaf ke ape ke... Ni tak.

Nita : Damia, Damia... Aku ingat kau dah jadi lembut sikit. Rupa-rupanya same je.. sape mamat tu ek? Dia pun daftar hari ni gak ke? Tapi aku jarang plak nampak mamat tu sebelum ni.

Damia : aku rase dia course same ngan kita tapi kelas lain.

Nita : mane kau tau?

Damia : aku tau laa..

Nita : Hensemnya mamat tu.. Nape la dia langgar kau? Nape dia tak langgar aku je?

Damia : Nita, nanti aku bagitahu kat mamat tu suruh dia langgar kau pulak, ek? Kesian betul kawan aku ni. Kempunan rupanya.

Nita : weh, Damia.. kau nampak tak Mimi, and the geng? Dari tadi aku tak nampak pun batang hidung dorang.

Damia : sebelum datang tadi aku ade call dorang. Mimi dengan Fadilla kate pergi lambat sikit. Sebab dorang nak singgah rumah dulu, nak hantar barang. Aiman dengan Aizat plak, biase la dorang tu. Bangun lambat. Jom la pi daftar dulu. Tak yah tunggu dorang. Boleh balik awal.

Nita : balik awal? Balik mane?

Damia : balik rumah laki aku. Ish.. kau ni.. balik umah aku la. Mane lagi.

Nita : tak de la. Just, aku pelik je. Alah, jom ar lepak-lepak or tengok wayang ke..

Damia : ops, sori! Aku ade hal la. Penting sangat. Sori ye..

Nita : hmm.. ye lah. Lain kali je la jawabnya..

Damia : thanks, coz paham keadaan aku.
Sampai saja di rumah...

Damia : ( aik?! Asal lak mamat ni ade kat rumah ni? Pelik betul.)

Haziq : hai, Mia.. dah balik?

Damia : eh? Tak la. Belum balik lagi... dah aku ade kat sini, mesti la aku dah balik..

Haziq : ish.. sombong betul...

Damia : (menjeling lalu ke dapur) ummi.. asal haziq ade kat sini plak?

Pn.Khatijah : haziq duduk sini sementara nak tunggu result final exam dia keluar.

Damia : ish.. merepek betul la..

Pn.Khatijah : tak baik la cakap cam tu..

Damia : ummi, mia nak keluar boleh tak. Nak jumpa dengan Elly. Dah janji ngan dia nak jumpe kat Putrajaya. (Elly, budak Sabah. Dulu belajar di tempat yang sama dengan Damia. Satu kelas dengannya. )

Pn.Khatijah : pergi la..

Damia : Danish, jom teman akak pergi jumpa kawan jap.

Danish : tak nak la... malas. Suruh la abang temankan.

Haziq : jom la! Aku pun free ni... at least, aku boleh jalan-jalan..

Pn.Khatijah: haah, mia! Ajak la haziq temankan. Lagipun susah nak cari teksi waktu mcm ni.

Damia : ish.. ummi ni merepek je.. orang tak nak la pergi ngan dia..

Pn.Khadijah: ape yang merepek nye pulak.. sepupu kamu dah offer diri. Pergi je lah..

Damia : ummi, kalau orang kene tangkap basah ngan dia cam ne?

Pn.Khadijah: ha! Sape yang merepek sekarang ni.. ke situ plak dia. Kalau ade orang nak tangkap korang, cakap ummi yang suruh ok? Yang Mia risau sangat ni, kenape? Nak jumpe kawan kan? Ha, pergi je lah.. dah ade orang nak teman kan..

Haziq : jom la! Mak jah pun dah bagi green light tu!

Damia : yelah...

Haziq : naik motor tak pe ke?

Damia : tak kesah la... janji sampi! Masuk angin sikit je...

Haziq : apa?

Damia : he...he... tak de apa-apa.

Haziq : kita nak pergi mana ni?

Damia : wetland, putrajaya!

Haziq : cantek! Boleh dating sekali!

Damia : apa? Tak dengar la!

Haziq : eh... tak de apa-apa. ( haziq cuba memakaikan topi keledar pada Damia tapi ditolak.)

Damia : eh, tak pe. Aku boleh pakai sendiri.

Pn.khatijah: hati-hati ye..

Damia : yes, ummi!

Haziq : pegang aku elok-elok. (dia menarik tangan damia ke pinggangnya.)

Damia : (ish, ape dia ni? Suke hati dia je nak pegang aku) tak pe la. Pegang baju kau je dah
memadai.

Haziq : ok. Tapi hati-hati. Aku bawak laju ni.

Tibanya di Wetland....

Damia : haziq, ko tunggu sini je la or... ko pegi ar main jauh-jauh.

Haziq : suke hati aku la.. tak yah takut la. Aku takkan hilang..

Damia : hei, aku tak cakap ape-ape pun tau. Saje nak menambah. Kau hilang pun, ade aku kesah?

Haziq : dah, dah.. pergi la. Membebel je..

Damia : yelah.. (damia pergi meninggalkan haziq keseorangan di atas motornya.)

Damia : assalamualaikum, elly! Lama sampai?

Elly : baru je! Kau dtg dgn sapa?

Damia : tu... (sambil menunjuk ke arah haziq)

Elly : who’s that guy? Ganteng banget! Tak nak kenalkan kat aku ke?

Damia : dia sepupu aku la... haziq!

Elly : sepupu kau? Dia tak nak join kita ke?

Damia : buat apa? Buat menyibuk je...

Elly : kau ada apa-apa ke dgn dia?

Damia : ishhh! Mana ada! Gila apa? Kitorg sepupu jelah...

Elly : dia solo ke? Klu solo recommend la aku kat dia, he..he..

Damia : ko nak? Ambik la laa.. Hei! Kita ni dtg bukannya nak cerita psl si haziq tu. Kita ni dtg ada tujuan. Ingat tu!

Elly : yes, boss!!

Selepas hampir dua jam haziq menunggu damia, damia mengajaknya pulang.

Damia : jom!

Haziq : nak balik dah ke?

Damia : yelah! Takkan nak tidur kat sini kot?

Haziq : alah... awal lg ni... jauh-jauh datang, kau dah nak ajak balik dah. Jom la jln-jln dulu.

Damia : mia ckp dgn ummi nak jumpa kwn je, bukannya nak jalan-jalan. Nnti ummi mrh plak balik lambat.

Haziq : jgn la risau sgt. Haziq dah ckp dah dgn ummi nak jln-jln dgn mia kejap. Bukannya lmbt sgt pun kita balik.

Damia : okay la. Kita nak pergi mana ni?

Haziq : jom panjat benda alah tu!

Damia : iishh... tak nak la! Org gayat la...

Haziq : ha? Gayat? Apa la kau ni... Nampak je keras tp pengecut.

Damia : eleh... mana ada pengecut! Cuma gayat je!

Haziq : gayat dgn pengecut tu sama je la... takut tempat tinggi. Dah la jom! (menarik tgn damia)

Damia : jgn la tarik-tarik!

Haziq : hishh... cepat lah..
Sampai saja di tingkat 4, Damia mula rasa gayat.

Damia : haziq, chop!

Haziq : nape? Cepat lah..

Damia : takut lah.. dah tinggi ni..

Haziq : (patah balik ke arah Damia dan menarik tangannya.)

Damia : sanggup kau turun balik?

Haziq : mestilah... ok, ape kate kau tutup mata and aku boleh tolong pimpin kau..

Damia : haa?!

Haziq : tutup je lah mata tu.. (haziq memimpin tangan damia hingga ke tinkat 5.) ok, dah sampai!

Damia : wo! Tingginya! (damia terus menyorok di belakang haziq.)

Haziq : Mia, tak ade ape-ape lah.. tengok lah... cantik!

Mereka begitu seronok semasa bersiar-siar di wetland. Mereka berbasikal, makan ais krim dan melakukan aktiviti yang menghiburkan hati mereka. Semasa sedang berehat di tepi tasik...

Haziq : mia! Kenapa kalau aku ajak kau pergi mana-mana, mesti kau sudi nak ikut aku?

Damia : ha? Apa punya soalan la kau tanya ni? Abis tu, tak kan kau nak aku tinggalkan kau sekarang kat sini?

Haziq : aku tak kesah!

Damia : okay! Aku blah sekarang! Aku pergi ni...

Haziq : ha! Pergi lah! Balik rumah jalan kaki! Aku boleh naik motor sorang-sorang!

Damia : okay, bye! (lantas haziq menarik tangannya. Damia tergamam. Dia kaku seketika. Dia melepaskan tangannya dari haziq)

Haziq : dengar ni! Maksud aku, kau suka ke kat aku?

Damia : la... mesti la aku suka... kau kan sepupu aku!

Haziq : tak... maksud aku... kau ada perasaan ke kat aku?

Damia : hei, gila ke? Kau tu sepupu aku... tak de makna aku nak suka kat kau! (“apesal la dia tanya mcm ni? Tak de soalan lain ke dia nak tanya. Kalau aku suka pun takkan la aku nak jadi macam perigi cari timba kot... takkan la aku yg kena cakap dulu... jatuh la maruah aku sebagai seorang perempuan.” Damia mengomel sendirian. Agak lama haziq memerhatikannya)

Haziq : damia! Kau kenapa?

Damia : hah? Tak de la... aku tengah pikir! Pelik betul soalan kau tu!

Haziq : tak de la... aku just nak tau je... kau ada perasaan kat aku ke? Kalau tak de tak pe la... ( ‘Mia, tolong la cakap, kau suke kat aku.. please..’ muka haziq berubah sedikit)

Damia : (“eleh! Nak tanya org ada perasaan kat dia ke tak. Ingat aku ni bodoh! Boleh senang-senang je ckp dgn dia yang aku suka kat dia. Aku tahu aku suka kat dia... tapi, aku tak boleh! Aku kena jaga hubungan antara keluarga. Kalau aku bagi tahu kau dan orang lain tahu, habis la aku. Malu aku dibuatnya.”)

Haziq : eh? Apesal pipi kau merah ni? (cubit pipi damia)

Damia : sakit la... kau cubit pipi aku lg la merah jadi nye.

Haziq : eleh... ni mesti ada benda yg kau sorok kat aku kan? (tersenyum) kau suka kat aku kan? Tapi malu nak cakap. Betul tak?

Damia : mesti la aku suka kat kau. Kau kan kawan aku dari kecik sampai lah sekarang ni. Kau lah tempat aku luah perasaan. Forsure la aku suka kat kau. Mustahil aku benci kat orang yang selalu tolong aku. Puas hati?

Haziq : betul jugak kan? Tu lah sebenarnya yang aku nak dengar...

Damia : Aku penat ! panas! Jom la balik!

Haziq : eleh... dah malu la tu? (M’narik hidung damia pula)

Damia : ishh... jgn la...

Malam itu..

Damia : perghh... berpeluh aku buat benda ni. Akhirnya siap jugak kerja ni. Kalau tak, mampus aku kene marah.(luah damia.) asal tak ngantuk plak ni? Adoyai! Haus la plak..

Semasa damia ke dapur..

Haziq : Mia!

Damia : weh, ajiq! Ape ni? Terkejut tau. Kau nak aku mati cepat ke ha?

Haziq : tak nak. Nanti aku tak de kawan nak gurau..

Damia : tau tak pe. Janji jangan buat lagi tau. Kalau kau rase nak gigi kau hilang, buat lah.

Haziq : he he.. tak nak la.. Nanti da tak cute. Ok, janji! (menghulurkan jari kelingkingnya tanda janji. Damia membalas.) Tak tido lagi?

Damia : tak boleh tido la.

Haziq : abis tu, buat ape tadi?

Damia : siapkan assignment. Kau?

Haziq : aku pun same. Tak boleh tido. Nak tengok tv.

Damia : nak hot chocolate? Aku buat kan. (pelawa damia)

Haziq : bleh gak. Thanks!

Damia : cite ape ni? Lah wrestling ke?

Haziq : nape? Nak tengok?

Damia : ee.. tak nak la. Tak suke la. Citer lain la. Movie ke?

Haziq : kite tengok bola nak?

Damia : bleh gak. Pakwe aku ade tak malam ni?

Haziq : sape pakwe kau?

Damia : alah.. nak tgk pakwe aku main.

Haziq : sape?

Damia : cristiano ronaldo.. hi hi..

Haziq : tak habis-habis dengan mamat tu. orang pompuan memang cam ni eh? Minat tengok bola pun sebab nak tengok mamat hensem. Padahal dia main tak bagus.

Damia : hei, jangan kutuk balak aku eh! Dia bagus tau! Orang laki tu lagi la. Pantang tengok pompuan cantik. Tergedik sane, tergedik sini. Poyo je tau. Nak mengata orang pulak.

Haziq : iyo lah tu. Nak tengok cite ape ek? Boring la. Ko da ngantuk ke, mia?

Damia : belum lagi. Mata aku masih segar.

Haziq : kita tengok movie nak?

Damia : boleh gak. Tengok cite ape?

Haziq : cite ju-on nak? Best gak malam-malam cam ni tengok cite hantu. Mesti syok.

Damia : syok ape ke bende nye. Ko memang saje je nak bagi aku takut kan?

Haziq : ala, relax la. Ko takut ye.. mai la dok kat sebelah aku.

Damia : ish.. tak nak aku. Gila ke? Bak mai bantal tu..

Haziq : ha ha.. lawak ar.. (haziq membaling bantal tersebut ke muka damia.) penakut! Awal-awal lagi dah tutup muka. (haziq tergelak melihat gelagat sepupunya itu.)

Damia : ko diam la haziq. Kalo tak aku tutup kang! Nak?

Haziq : pergi la tutup kalau berani. Pergi dekat sikit dengan tv tu Sekali benda tu sergah kau, baru tau.

Setelah beberapa minit..

Haziq : mia, result final exam aku dah kluar dah.

Damia : ye ke? Amacam?

Haziq : aku lulus.

Damia : wah, bagus la! Tapi, asal kau cam tak happy je?

Haziq : ha? Aku happy la. Sape cakap aku tak happy.

Damia : betul ke kau nak sambung belajar kat UK?

Haziq : haah...

Damia : jadi mat salleh celup la ye kau nanti. Mesti bile balik Malaysia, kau dah tak kenal aku kan? Rambut pun dah perang..

Haziq : . . . . . . (kelu) ade ke patut kau cakap cam tu. Aku bukan orang yang lupe daratan la.

Damia : betul ke?

Haziq : ye la.

Damia : (nanti kalau kau pergi, aku dah tak de kawan lagi nak bergurau, gaduh..)

Haziq : nanti kau mesti boring kan kalau aku tak de.. nanti kalau kau ada masalah, tak de sapa nak dengar masalah kau tu kan, Mia?

Damia : eh? Nape plak aku nak boring kalau kau tak de. Tak de kene mengena langsung. (dia macam tau je isi hati aku.) sampai bila aku asyik nak bergantung pada kau je.. aku tau lah jaga diri..

Haziq : betul ke?

Damia : mesti la.

0 comments: