BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

HAZIQ!

Damia tahu, sepupunya itu suka bergurau dengannya. Walaupun mereka selalu tidak sefahaman. Tapi mereka memang rapat sejak kecil lagi. Cuma, apabila sudah besar Damia agak malu sedikit dengan sepupunya itu. Mereka sudah jarang bertegur sejak sudah lama tidak berjumpa. Tapi tiba-tiba saja Haziq menjadi seorang yang peramah apabila datang ke rumahnya. Semasa waktu sekolah dulu, Damia cukup anti dengan Haziq. ‘Ye lah.. budak pandai. Aku tak boleh lawan dia. Ee.. geramnya! Nasib baik hensem..’ detik hatinya. ‘Tapi, kenapa aku suka kat dia? Ah.. buang masa je suka kat sepupu sendiri. Lupakan je la mamat tu. Lebih baik aku pikir pasal masa depan aku.’ Tiba-tiba dia terbayangkan wajah rakan-rakannya semasa di semester 4. ‘Apa khabar la agaknya dorang tu? Mimi, Fadila, Aiman dan Aizat. Dah lame aku tak jumpa dorang. Mimi, aku sangka dia seorang yang pendiam dan agak garang jika lihat dari air mukanya. Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Rupanya dia seorang yang suka bercakap. Akulah orang yang jadi pendengar setianya. Ada saja cerita hangat darinya. Fadila pula, berlainan sedikit dengan kami semua. Dia seorang gadis yang pendiam. Dan suka pendam perasaannya. Puas memujuk untuk dia luahkan segala isi hatinya, tapi agak sukar. Aiman dan Aizat. Mereka lebih gemar mengusik. Pantang apabila melihat orang ada masalah, mesti ada saja perkataan yang keluar dari mulut membuatkan orang terus ketawa.

Tiba-tiba damia tersentak dengan bunyi ketukan pintu biliknya.

Damia : Sape tu?

Danish : Danish la kak..!

Damia : Masuk la, pintu tak kunci.

Danish : Akak, tengah buat ape tu? Nak kate belajar, tak jugak. Tangan kosong. Ni mesti mengelamun nii.. Oo.. teringat kat boyfriend eh? Senyum-senyum.. (Danish mengusik. Maklum la, mereka dua beradik saja. Balik-balik muka yang sama saja.)

Damia : Hei, tolong sikit. Mane ade boyfriend. Tak main la. Ni, asal datang bilik akak ni?

Danish : Orang datang ni pun sebab nak sampaikan permintaan seseorang kepada kau.

Damia : (‘Pelik! Bile mase la adik aku ni jadi posmen karat ni?’)
Permintaan ape? Jangan yang mengarut sudah.

Danish : Ni pesanan dari abang Haziq. Dia nak ajak akak keluar esok. Pi jalan-jalan ngan dia. Dia kata nak bawak Danish sekali pun tak pe. Ha ha..

Damia : Ishh.. tak nak la. Tak ade orang lain ke dia nak ajak? Lagi satu, ni.. bile mase plak Danish ni jadi posmen karat dia haa? Ape-ape pun, cakap ngan mamat tu, sorry, I’m not interesting!

Danish : Ape la akak ni, Danish ikut sekali. Jangan risau. Lagi pun kita dah lame tak keluar ngan dia. (Danish cuba memujuk.)

Damia : kita? Akak tak terlibat eh.. Danish yang selalu keluar ngan dia. Akak tak de kene mengena langsung. Akak bukannya tak nak pi. Tapi.. Danish tu. Sebok je nak ikut..

Danish : Oo.. tak pe la. Danish ni kacau akak ngan abang Haziq je kan? Tak pe la. Akak pergi la. Danish tak jadi nak ikut. Nanti Danish bagitau kat abang Haziq, akak nak keluar ngan abang berdua je. (Danish membuat muka kesian. Dia tau kakaknya tak kan keluar dengan lelaki kecuali kalau ada dia.)

Damia : Eleh.. merajuk la tu.. tak nak pujuk! Hey.. orang main-main je la. Kalau Danish tak pergi, akak pun tak nak pergi.. (Damia menggosok-gosok kepala adiknya itu seolah-olah adiknya itu masih kecil.)

Danish : Eee.. ape ni? Ingat orang budak kecik lagi ke? Alah.. Danish tau akak main-main je. Danish tak caye langsung akak nak pi sorang-sorang ngan abang Haziq. (Danish menjelirkan lidahnya.)

Damia : Emm.. dia kate nak pergi pukul berape?

Danish : Pukul 12 dia jemput kita kat rumah. Ok la. Ngantuk la. Nak tido..

Damia : Ok.. good night!

Danish : Amboi, suke la tu nak keluar esok. Entah-entah lepas Danish keluar ni, mesti akak terus prepare ape yang akak nak pakai esok kan? Tak pun, mesti terlompat-lompat kat katil kan?

Damia : Danish nak kene ni? Pi la tido. Kate dah ngantok?

Danish : Ok la, ok la..

Esoknya..

Damia : kenapa tiba-tiba je ajak keluar ni? Tak pernah-pernah ajak orang keluar.

Haziq : saje je. Kenapa tanya macam tu?

Damia : tak lah, just pelik je.

Haziq : actually, saje ajak keluar. Nanti dah susah nak jumpa. Mia, nak masuk kolej dah. Haziq pun, sama. Danish plak, lepas ni dah kene tumpukan pada exam dia. So, ni je la peluang kita nak keluar sama. Ada paham?

Damia : ye la tu. Sekarang kita nak pi mane?

Haziq : tengok wayang?

Danish : ok jugak tu! Dah lame tak tengok wayang.

Damia : wayang? Cerita ape? Love story nak?

Danish : eee... tolong la. Tak abis-abis ngan love story dia tu. Naik boring Danish tau.

Haziq : ape kate biar haziq yang pilih. Danish, ikut abang kejap bleh?

Danish : wokeh!

Damia : apesal tinggalkan aku sorang ni?

Haziq : tunggu je la kejap..

Damia : ye lah, yelah.. ( Haziq dan Danish meninggalkan Damia keseorangan.) Ape la yang dibisikkan Haziq tu? Ni mesti ade ape-ape ni.. ( bebel Damia apabila melihat gelagat Haziq yang sedang berbisik dengan Danish.)

Haziq : Danish, cerita ape yang akak tak suka tengok?

Danish : cerita ape ek? Haa! Cerita seram. Cerita cam tu, akak takut nak tengok.

Haziq : bagus gak tu! Deal?

Danish : deal!

Masuk saja di panggung wayang..

Damia : Haziq, kita nak tengok cerita ape ni? (sambil menarik lengan baju Haziq.)

Haziq : entah la Mia.. tengok je la nanti.

Damia : sampai hati korang buat cam ni kat aku.. tak baik tau sorok-sorok.. tak pe lah, kalau tak nak bagitau. Korang nak kenekan aku kan? Ee.. Danish ni pun same. Danish, akak nak duduk sebelah Danish eh? Nanti kalau takut, bleh la akak peluk Danish.

Danish : iye la akak oii.. akak duduk sebelah Danish ye.. ape kate, abang masuk dulu, pastu akak, then Danish.

Damia : asal plak? (damia menyedari bahawa dia diapit oleh 2 orang lelaki.)

Danish : ok la ni.. kate nak duduk sebelah Danish..

Damia : tapi..

Danish : sekarang akak ade dua tangan yang akak boleh pengang. Tangan Danish ade, tangan abang pun ade. So, akak dah tak payah nak bising lagi ok?

Haziq : (hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu)

Damia : (damia menutup matanya dengan kedua belah tangannya sambil diperhatikan oleh Haziq yang kusyuk melihat kelakuannya yang mencuit hati.)

Haziq : ape la Mia ni.. baru permulaan cerita, dah tutup mata.. ha ha.. tu belum pertengahan cerita. Tengok je kasar tapi penakut jugak kau ni ek?!

Damia : diam ar, haziq!! Bising je.. (damia terus memeluk lengan haziq apabila terdapat babak-babak yang menakutkan)

Haziq : (tergamam)

Damia : (terkejut dengan kelakuannya. Lalu dilepaskan perlahan-lahan pelukannya itu.) sori.. aku tak sengaje. Ko jangan anggap benda lain plak..

Haziq : cute la kau ni, damia.. he he.. tak pe.. kalau kau nak peluk aku sampai cite ni abis pun tak pe. Aku relakan kau..(kata haziq sambil tersenyum)

Damia : sekeh karang!

0 comments: